December 16th, 2016

Wanita yang sedang hamil pasti akan mengalami “mood swing” dan kerap marah-marah tanpa sebab. Itulah yang terjadi kepada Stacy juga apabila Akim mengatakan emosi isterinya itu tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Namun, Akim sedikit pun tidak merungut dan memberitahu perkara itu membuatkan beliau menjadi seseroang yang lebih bersabar.

Mungkin saya kadang-kadang tidak memberi perhatian lebih kepadanya jadi dia marah tanpa sebab tetapi saya percaya itu adalah emosi anak dan bukannya Stacy.

Sebagai suami saya perlu belajar untuk mengawal situasi itu dan perlu banyak beralah dan bersabar kerana saya perlu faham itu bukan kehendaknya. Pada masa sama ia mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih baik.

Menurut Akim, Stacy bakal melahirkan cahaya mata pertama mereka sekitar bulan Februari depan. Walaubagaimanapun, buat masa ini mereka masih belum mengetahui jantina anak mereka.

Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar kami akan menerima kelahiran anak pertama pada Februari depan.

Bagaimanapun setakat ini kami masih belum mengetahui jantina anak kerana dia ‘menyorok’. Pun begitu, saya dan Stacy tidak kisah kerana paling penting anak yang bakal dilahirkan itu nanti cukup sifat dan sihat.

Biasalah kalau ada perubahan emosi ketika hamil, apa yang penting suami kena banyak bersabar dan seboleh-bolehnya cuba untuk memahami isteri anda.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...