Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil menjelaskan sebab dia sering melakukan sesi siaran langsung di media sosial ketika bersama anak-anak bagi mengelakkan salah faham daripada sesetengah pihak.
Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, meskipun banyak masa dihabiskan bersama anak-anak, tidak semua momen itu dikongsikan secara terbuka.
Sekarang ini walaupun sekejap, kena juga buat live sebab nanti orang akan kata saya tak luangkan masa dengan anak-anak. Sebenarnya, kita yang ada sosial media ini… kita hanya nak tunjuk apa yang kita nak tunjuk.
Masa dengan anak-anak amatlah berharga. Saya ada rekod, tapi tak semua saya post atau pun buat live.
Jelasnya lagi, tanggapan serupa turut timbul apabila dia dilihat bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, hanya kerana tularnya video atau artikel yang dikongsikan oleh peminat dan pihak media.
Kalau saya dengan YB, akan ada peminat dan pembantu peribadi kami ambil video. Jadi orang akan nampak kami sentiasa bersama, padahal tidak pun. Sama juga dengan artikel.
Temu bual dibuat sekali saja, tapi disiarkan pada hari berlainan. Orang akan ingat setiap hari ada cerita baru pasal saya, tapi sebenarnya tidak pun. Tapi tak mengapalah.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet memberikan sokongan kepada Bella dan menasihatinya agar tidak terlalu memikirkan tanggapan negatif netizen.
Sebagai info, Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun bercerai pada 13 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.