January 4th, 2018

Kegigihan pelakon Rita Rudaini membesarkan dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, Airit Qaqa Arjuna sering dijadikan contoh buat ibu tunggal lain di luar sana.

Bukan mudah sebenarnya untuk seorang wanita menguruskan segala hal berkaitan anak-anak seorang diri. Rita menerusi akaun Instagramnya meluahkan beliau terpaksa menanggung semua perbelanjaan persekolahan anak-anaknya sendiri dan perlu bekerja keras untuk memastikan keperluan mereka itu lengkap tanpa bantuan seorang lelaki bernama “suami’.

Luahan Rita itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat buat beliau.

Pastinya kesabaran serta pengorbanan Rita sebagai seorang ibu akan terbalas juga satu hari nanti. Semoga anak-anak beliau akan sentiasa mengenang jasa Rita dan harapnya kebahagiaan mereka sekeluarga akan kekal sehingga akhir hayat.


59 responses to “Kena Kerja Lebih Untuk Anak-Anak Sekolah Saya Bukan Ada Orang “Bela” – Rita Rudaini”

  1. Nd says:

    Aduhaiiiii.. Ko nk org bela kew? Yg ko bijak sgt anto anak ko g skolah private wat apa.. Lps tu ko nk melalak ckp itu ini… Ada jew anak artis lain skolah biasa jew.. Pandai gak anak dorang. Ko yg pilih jln tu ko hadam sendiri cam mana nk cari duitl

  2. ler.. says:

    Amboii antar anak kat private school pun nak canang sane sini..! ibu tunggal dpt antar ank sekolah mahal..bangga sgt la tuh..hahaha

Loading...