Sudah sebulan lebih suami kepada Anita Baharom kembali ke Rahmatullah pada 1 Januari lalu dan beliau mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bersama anak tanpa kehadiran suaminya.
Selepas hampir 16 tahun hidup bersama, pelakon wanita ini mengakui sukar untuk melupakan Allahyarham Mohd Ismadi Ismail yang meninggalkannya secara mengejut ketika sedang tidur di kediaman mereka.
Menurut Anita, biarpun dirinya terlihat kuat di media sosial, namun hati dia dan anak-anaknya rapuh dan di minggu pertama pemergian arwah, sememangnya waktu yang sangat getir.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut berkata dia harus bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga serta membayar komitmen yang lain.
Saya adalah ayah dan ibu kepada anak-anak. Jika ada yang mengecam saya kerana melanggar tempoh edah, terpulanglah.
Menurutnya, jika tidak keluar mencari rezeki, tiada siapa yang boleh membantunya memberi makanan kepada mereka serta melangsaikan komitmen bulanannya.
Semoga kak Anita serta anak-anak terus kekal kuat hadapi ujian dunia ini..