Written by AbangNara | September 12th, 2018

Walaupun video klip lagu “Bobo Di Mana” sudah mendapat tontonan sebanyak 4 juta kali dan juga menjadi trending, rata-rata mereka yang melihatnya mengeluarkan kata-kata kecaman, kesat dan menyampah dengan lagu nyanyian Datuk Aliff Syukri tersebut. Sejujurnya memang agak menggelikan video tersebut lebih-lebih lagi dengan kehadiran Nur Sajat dan Lucinta Luna yang lebih sudu daripada kuah. Malah lirik lagu tersebut juga berbaur lucah yang kurang menyenangkan pihak yang mendengar.

bobo di mana

Susulan kutukan dan kecaman yang diterima, Datuk Aliff Syukri kini sedang berkira-kira untuk menyanyikan lagu nasyid. Memang amat sesuai sangat, lebih-lebih lagi isteri beliau juga sebelum ini merupakan bekas penyanyi kumpulan Solehah. Menurut Aliff, ada beberapa komposer nasyid yang sudah menawarkan lagu kepadanya. Kata beliau:-

Sejujurnya, saya ada menerima tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa orang komposer, tetapi masa itu hanya borak-borak kosong sahaja. Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut kerana semua lagu yang saya nyanyi asyik kena kecam sahaja. Saya harap anda semua tak kecam-kecam lagi, doakan yang terbaik untuk saya sebab manusia ini boleh berubah-ubah

Isteri Datuk Aliff Syukri juga telah memuatnaik sekeping gambar di mana dia dan Aliff telah bertemu dengan komposer Hafiz Hamidun. Kata Shahidah:-

Kita suruh Aliff nyanyi sebab Hafiz Hamidun dah buat lagu, tinggal nak nyanyi sahaja. Insya-Allah kita akan pastikan dia nyanyi lagu nasyid. Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, kita usahakanlah dia jadi artis nasyid. Siapa sokong?

shahida

Apa yang paling menarik di dalam ayat di atas ialah kata-kata Shahida bahawa Datuk Aliff Syukri sedar yang suaranya tak berapa nak sedap. Hahaha. Memang sempoi ah isteri Datuk Aliff. Tetap support suami tercinta kerana minat yang begitu mendalam. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Kena Kecam Nyanyi Lagu “Bobo Di Mana”, Datuk Aliff Syukri Ingin Cuba Lagu Nasyid

  1. Safi says:

    Klu dah tau suara tu tak berapa nak sedap,
    Tak payah lah sibuk2 nak nyanyi bagai…
    Semak kan industri jer…
    Abg Sajat pun sama, kata nak kawin, nyanyi masa majlis sendiri
    udah lah… ngeri dengar suara tu…

    39

    1
    • besaq kepala says:

      what a [email protected] and f**ker. Perangai orang islam sebenarnye, buat benda buruk lepas tu nyanyi lagu nasyid, maka semua dosa terhapus. What a hypocrite these melayu islam people. They rape, steal, incest, kill etc but then they wear tudung or kopiah suddenly their sins are forgiven. Even judges let them go, remember the rempit fellow who stole the hand phone at low yatt, suddely appear in jubah and kopiah, escape prison time.

      9

      3
      • Bukan Ustazah says:

        masih hidup boleh lah cakap apa yang kau nak cakap. nanti dah mati dah tak boleh cakap apa-apa lagi. My point is – apa yang kau tulis benda yang tak baik ni akan menjadi bukti dan saksi bahawa lidah/ jari /otak kau mengeji orang semasa kau hidup. GOOD LUCK.

        3

        2
      • Anonymous says:

        YG CKP NI KELING HINDU KE..TERINGAT AKU VIDEO VIRAL KELING MAKI HAMUN MELAYU..JGN MACM NILAH MACAI..TK BAIK TAU…

        2

        1
      • Anonymous says:

        Ckp macm kau ni ugama lain pulak..gunakan perkataan ‘they rape’ etc..apa bangsa..apa ugama kau ni? lain bangsa dan ugama tk pernah rape ke…tk pernah rempit…tk tu tk ni?
        Cakap pakai akallah wooi..

        3

        0
      • Anonymous says:

        who are you to judge? ada manusia memang pernah buat silap & ingin bertaubat. Selagi nyawa masih ada, selagi tu ada peluang utk bertaubat. Samada org tu bertaubat ke tidak atau hipokrit, adalah antara dia & Allah.

        3

        0
      • Anonymous says:

        alahaaiii.. sian pulak ko ne.. marah kt sape ne? mesti ada org islam yg sakitkan hati ko eh? tak terima cinta ko agaknya.. jgn nak acah jd Tuhan.. tgk diri ko sndr, baik mananya ko ne? cara ko menaip pun da mnunjukkan ko sape. rebellious la sgtnya.. but cara ko tulis either ko bukan islam ataupun ko sndr islam tp islam tu hny pd ic ko.. smoga diberikan hidayah.. skian..

        1

        0
  2. Elite socialite says:

    Kalau nyanyi Lagu nasyid. Alhamdulillah. Tapi buat betul betul ya! . Jangan ada backup nari ngeliat sotong pulak.

    20

    0
  3. biy says:

    hahahahaa..geli hati bce caption bini die.. bini die jgk yg bgos

    4

    1
    • MKWK4077 says:

      Bini mstilh support, klau bngkang nnti berdosa konon nk jdi bini mithali dn solehah.
      Cuba ckp…tak pyhlah…suara mmg x sdp.
      Lgi ckp ” suara tak berapa sedap”.

      4

      0
  4. Anonymous says:

    Apa motif datuk alif ni nk jgk nyanyi..suka org kecam dia gaknya..

    3

    0
    • Anonymous says:

      dia nak tukar genre… kot2 dpt sambutan, kalau tak boleh tukar nyanyi lagu rock, rap, dangdut ke, mana tau salah satu akan jadi lagu hit dan diterima org, sekian.

      1

      0
  5. Anonymous says:

    tengok muka x berapa alim, muka x serius, x sesuai lagu nasyid.
    Rezeki datuk dlm perniagaan je, jgn potong rezeki org.

    10

    0
  6. bibik_cun says:

    boleh datuk nk cuba. tp tlg laa jgn berduet ngn sajat. sbb tu la mula org nk click dislike reramai tu :(((

    1

    0
  7. Anonymous says:

    Jangan lak nti nyanyi nasyid, si sajat pn ikut sama nk join bertudung berjubah bagai..

    3

    0
  8. peratijangantakperati says:

    senang cite tak yah menyanyi..
    berniaga cukup lah
    takkan tak perasan suara kau mmg tak sedap langsung.

    tak sedar ke diri tu kena bodo dgn penulis lirik, komposer lagu ni?
    drg guna kau nak buat duit je.

    kalau aku jadi kau dato, aku malu ok..

    5

    0
  9. Royray says:

    Bobo dimanatu ok ja..cuma video tu jgn pakai dedah seksi seksa dan menggedik2 tah apa2, pakaian dan aksi tu biarlah sopan.. Takdalah org nak kecam..

    2

    0
  10. cap rice says:

    Bila Izrail datang memanggil
    Jasad terbujur di pembaringan
    Bila Izrail datang memanggil
    Jasad terbujur di pembaringan

    Seluruh tubuh akan menggigil
    Sekujur badan kan kedinginan
    Seluruh tubuh akan menggigil
    Sekujur badan kan kedinginan

    Tak ada lagi gunanya harta
    Kawan karib sanak saudara
    Tak ada lagi gunanya harta
    Kawan karib sanak saudara

    Tak ada lagi guna harta
    Kawan karib sanak saudara
    Tak ada lagi guna harta
    Kawan karib sanak saudara

    Jikalau ada amal di dunia
    Itulah hanya pembela kita
    Jikalau ada amal di dunia
    Itulah hanya pembela kita

    Datang masanya insaflah diri
    Selimut putih pembalut badan
    Datang masanya insaflah diri
    Selimut putih pembalut badan

    Tinggal semua yang dikasihi
    Berbaktilah hidup sepanjang zaman
    Tinggal semua yang dikasihi
    Berbaktilah hidup sepanjang zaman

    Bila Izrail datang memanggil
    Jasad terbujur di pembaringan
    Bila Izrail datang memanggil
    Jasad terbujur di pembaringan

    Seluruh tubuh akan menggigil
    Sekujur badan kan kedinginan
    Seluruh tubuh akan menggigil
    Sekujur badan kan kedinginan

    lagu ni sesuai..jgn lupa ajak abg jat nyanyi sama

    2

    0
  11. faraj says:

    Macam Najib jerrr saya tgk mereka2 kt Atas tu….cuma Najib Curi duit jrrr

    1

    0
  12. Bukan Ustazah says:

    masih hidup boleh lah cakap apa yang kau nak cakap. nanti dah mati dah tak boleh cakap apa-apa lagi. My point is – apa yang kau tulis benda yang tak baik ni akan menjadi bukti dan saksi bahawa lidah/ jari /otak kau mengeji orang semasa kau hidup. GOOD LUCK.

    0

    0
  13. Ana says:

    Sila kembali ke rahmatullah

    0

    0
  14. Block dato trus says:

    Alhamdulilah dato sdar yg suara dato x sdap,so jgn la kcik ati klu org x tgk atau bli albm.tp mmg ksian dato suma genre nk cbe kn?jus fokus pd bzness je la dato

    0

    0
  15. Noname says:

    Tak bole nk paksa org suka.bkn level penyanyi patut sedar diri..
    Ramai je suka nyanyi tapi x bole jadi oenyanyi..
    Sebenar Aliff ni suka disebut2 tu berlakon badang la..nyanyi dgn sajat supaya org sentiasa sebut dia..kau masak je la..mmg lelaki lembut pn tapi mulut tu mmg teruk..
    Klu sampai org skip setiap video yg kau upload tu tahap meloyakn..
    .nk nyanyi lagu ketuhanan ntuk publik biar ikhlas..jgn nk promo diri sendiri juga..tu penunggang agama namanya..cm tukar baju dh bergaul dgn pondan2 lucah eh bole pulak nk berjubah2 pula…mmg x salah nk berubah arah kebaikan just jgn fake la..
    Bkn background dulu sekolah agama lps tu terloncat2 dgn mknyah2 aksi lucah…
    Takkan kau yg duit berpeti2 x bole beza lucah dn video biasa…

    0

    0
  16. ridiculous says:

    astaga!!! x insaf lagi ke??? org tak suka bukan sebab jenis lagu tp suara dato mmg tak sedap!! tolong la sedar diri…nyanyi la lagu apa pun,tetap ke laut jg akhirnya

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Datuk Alif hujan..

    1

    0
  18. Elite Socialite says:

    DAS, pompuan in tight brown T shirt tu chest fruit nya Alahai. …. DAS tak nak komen ke pasal zip bila tenguk chest fruits tu Busy ler tu nak practice lagu nasyid

    0

    0
  19. Lagu2 zaman 90-an dan awal 2000-an (1999-2002) lagi sedap daripada lagu2 dia

    1

    0
  20. Anonymous says:

    just dont la aliff.. much better p sponsor sape2 yg nk buat lagu nasyid.. la ne tade lagu nasyid baru daa.. tk mcm zaman raihan.. rabbani.. brothers.. bila nk tunggu waktu azan.. dengar la balik lagu2 nasyid lama ne.. to u aliff.. sudah2 la nak nyanyi nasyid.. i wonder who offer u to sing nasyid? jgn jenis yg mnangguk d air keruh gak sudah..

    0

    0
    • sis no name says:

      Ko ni anon 2:43 am mesti baca tajuk saja pastu terus komen. Kat dalam artikel ada tulis Hafiz Hamidon yang akan buat nasyid tu. Komen laju, baca x mau. Duh..

      0

      0
  21. fishball says:

    sudah lah tu, orang tak suka kau. duk je diam2 nanti tak pasal2 asyik kene kecam je. ugh

    0

    0

Leave a Comment

Optional