“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’? Netizen Minta Abah Hayat Diam

Kehidupan

“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’? Netizen Minta Abah Hayat Diam

Melalui platform media sosial, beberapa netizen telah meluahkan rasa kurang senang selepas menemui akaun TikTok bekas banduan kes pembunuhan 23 tahun lalu yang dikenali sebagai Abah Hayat.

Bangga tulis ‘kerat 8’ di bio akaun TikTok?

abah hayat

Advertisement

Kebanyakan netizen mendakwa Abah Hayat atau nama sebenarnya, Khairul Anuar bangga serta belum insaf atas perbuatan jenayah yang dilakukan biarpun sudah dibebaskan 3 Oktober lalu.

Lagi menaikkan amarah orang ramai selepas bio di akaun TikToknya tertulis ayat ‘Kes Pembunuhan Kerat 8’ berserta emoji api.

abah hayat

Bahkan, bekas banduan tersebut dikatakan sudah membuat siaran langsung di platform media sosial tersebut dan bangga menulis perkataan sedemikian di bio akaun itu.

Lepas kena kecam, baru tukar.. Tak fikir langsung perasaan keluarga mangsa bunuh tu.. Kalau diam-diam mulakan hidup baru, mungkin tak kena herdik.

Tak selari dengan kata-kata sudah bertaubat lepas membunuh

abah hayat

Meninjau di ruangan komen ciapan berang seorang pengguna di X itu, rata-rata netizen menyifatkan tindakan banduan tersebut tidak selari dengan kata-katanya mengenai sudah bertaubat atas dosa melakukan pembunuhan kerana kelakuannya seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku.

komen

bekas banduan kes bunuh kerat lapan merayu jangan herdik
2 months ago

“Tolonglah Jangan Kata Saya Patut Mati” - Bekas Banduan Kes Bunuh Kerat Lapan Merayu Masyarakat Tidak Mengherdiknya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...