Kena Jeling Dengan ‘Officemate’? Jururawat Ini Menang Pampasan RM143K Akibat Selalu Dijeling Rakan Sekerja

Kehidupan

Kena Jeling Dengan ‘Officemate’? Jururawat Ini Menang Pampasan RM143K Akibat Selalu Dijeling Rakan Sekerja

Dalam satu kes yang berlaku di Edinburgh, seorang jururawat pergigian telah mendapat pampasan  lebih kurang £25,000 (kira-kira RM143,000) selepas mahkamah mendapati dia menjadi mangsa buli rakan sekerja.

Tribunal pekerjaan memutuskan Maureen Howieson, 64, telah berdepan layanan biadab dan diperlekehkan ketika bertugas di sebuah klinik pergigian selepas dia sering dijeling di tempat kerja.

Advertisement

Mengikut fakta kes itu, insiden terbabit berlaku selepas seorang ahli terapi pergigian baru, Jisna Iqbal didakwa tidak mahu melakukan beberapa tugasan dan kerap menjeling mata setiap kali Howieson bercakap dengannya.

Dr Jisna Iqbal

Howieson mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang pergigian dan hanya bertugas di kaunter pendaftaran disebabkan masalah kesihatan manakala Jisna pula doktor gigi dari India yang belum layak merawat pesakit di negara itu.

Seorang doktor gigi lain di klinik tersebut, Daniela Siersch menjadi saksi dan mengesahkan Jisna menolak arahan tertentu termasuklah membersihkan tandas sebelum pemeriksaan dengan alasan dia adalah doktor gigi.

Great Junction Dental Practice Edinburgh

Situasi tegang di antara mereka berdua menyebabkan Howieson mengalami serangan panik hingga menangis di tempat kerja dan akhirnya meletakkan jawatan pada Oktober 2024.

Hakim Pekerjaan, Ronald Mackay, juga mendapati majikan mereka sengaja membiarkan persekitaran kerja bermusuhan berterusan selain melakukan pelanggaran kontrak serius dan pemecatan tidak adil terhadap Howieson.

Mackay turut menegaskan, jaminan yang diberikan kepada Howieson tidak pernah ditunaikan, sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Pemilik klinik, Dr Fary Johnson Vithayathil, mengakui sudah mengetahui masalah melibatkan Jisna sejak awal tetapi gagal bertindak menyelesaikannya.

Dimalukan di tempat kerja dikira jenayah
2025-07-17 17:16:13

Dibuli Atau Dimalukan Depan Staf Lain? Mulai 11 Julai 2025, Gangguan Di Pejabat Dikira Jenayah - "Alasan ‘Melawak’ Dah Tak Relevan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Daily Mail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...