Dalam perhubungan pasti akan ada cabaran yang dilalui dalam pelbagai bentuk dan cara demi menguji ketabahan seseorang individu itu.
Itulah yang dilalui oleh seorang bakal pengantin perempuan apabila dia menzahirkan rasa sedih kerana sering dihina kekasih dan keluarga lelaki itu.
Menurut laporan Kosmo, wanita itu mengakui hidupnya tertekan kerana keluarga kekasihnya sering campur tangan dalam urusan perkahwinan mereka.
Tambahan lagi, lelaki itu seringkali mempertahankan keluarganya berbanding perasaan wanita berkenaan.
Perempuan itu juga berkata, mak cik kepada pihak lelaki itu pernah menghina mukanya akibat ‘breakout‘ jerawat dan menghina rumah perempuan itu dengan menyatakan ruang rumah itu sempit untuk dibuat pelamin.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu pernah menceritakan hal berkenaan kepada kekasihnya tetapi tidak dipertahankan oleh lelaki berikut dan disuruh untuk memperbaiki diri sendiri.