Suami kepada pelakon Yana Samsudin, Fadzil Zahari mendedahkan bahawa dia kini diganggu wanita misteri menerusi aplikasi Telegram sejak November tahun lalu.
Menurut pelakon dan juga penerbit drama ini, Fadzil memberitahu bahawa dia menerima mesej berterusan daripada wanita tersebut meskipun mengetahui status dirinya kini yang bergelar suami dan bapa kepada dua orang anak.
Malah, wanita tersebut turut menghantar gambar tidak senonoh dan seksi ketika dia sedang bekerja.
“Saya ada terima satu mesej, dia gigih juga walaupun dah beritahu kita ini laki orang. Nombor telefon saya memang letak di laman sosial sebab buat bisnes. Pertama kali dia mesej pada 26 November tahun lalu. Saya dah beritahu tak payah mesej. Mesej la orang bujang tapi dia gigih juga. Dia pernah hantar gambar seksi kepada saya dan kebetulan itu saya dengan staf perempuan. Saya terus tunjuk pada staf supaya jadi saksi kalau ada apa-apa berlaku.”
Fadzil atau nama sebenarnya Fadzil Bahri Zahari,38, tampil berkongsikan rakaman video pendek yang memperlihatkan mesej daripada individu tersebut di ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma ini turut memberi amaran kepada wanita itu agar tidak melampaui batas jika tidak mahu diambil tindakan undang-undang.
Malah, Fadzil turut memberi pesanan kepada mereka di luar sana supaya mencari lelaki bujang dan tidak merosakkan atau menganggu rumah tangga orang lain.
View this post on Instagram
“Sehingga kini dia masih hantar mesej kepada saya tapi saya dah sekat nombor dia. Kalau dah melampau sangat, saya akan buat laporan polis atau ambil tindakan saman. Saya nak pesan, sondol la lelaki bujang, bukan sondol laki orang. Saya pun tak faham perangai orang macam ni. Dah tahu saya ini laki orang, sibuk nak try lagi, hang dah kenapa? Perempuan ini mula mesej telegram saya, masa isteri saya tengah berpantang nombor dua, siap hantar gambar seksi dia. Hangpa tengok la sendiri.”
Sekadar info, Fadzil telah mendirikan rumah tangga bersama Yana Samsudin pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan tersebut mereka kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aisy Mateen,5, dan Aura Aisy Sofea yang kini berusia dua bulan.