Gempar apabila kakak kepada YouTuber terkenal Asif Suhaimi, Siti Nur Atina mendedahkan sikap bapa kandung yang suka memfitnah dan menggunakan duit yang diterima adiknya itu untuk membeli dadah dan berjudi.
Difahamkan, pendedahan itu dibuat Atina kerana tidak tahan difitnah bapanya itu yang mendakwa dia mengambil duit bayaran kerja Asif sewaktu terlibat dalam projek filem Syahmi Sazli.
Perkara itu didedahkan Atina menerusi satu hantaran Facebook miliknya hari ini.
Betul, Syahmi ada buat bayaran RM7,000 dan Kak Tina bank in duit hanya RM4k dekat abah dan baki 3k lagi untuk simpanan Asif. Kenapa tak bagi je abah 100%? Why? Kalau tanya jiran sekeliling, anak beranak, sepupu sepapat, semua tahu abah macam mana.
Hutang ah long kau RM3,000 siapa bayar? aku..hutang dengan kawan sebab kau ambil pil kuda tapi tak bayar last2 kawan kau cari adik aku Asyraff, end up aku juga yang settlekan.
Lebih mengejutkan adalah apabila bapanya itu tergamak menghisap dadah di hadapan Asif yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Malah, bapa mereka pernah meminta Asif untuk mengugut Syahmi kerana lambat membayar gaji dan sebagai anak, Asif hanya mengikut sahaja arahan bapanya.
Kerana tidak tahan lagi menanggung perkara seperti itu sejak sekian lama, Atina berkata dia akan mendedahkan dan melawan isu ini secara habis-habisan bagi mempertahan dirinya dan ahli keluarganya yang lain.
Sekadar info, Asif Suhaimi mula mendapat nama setelah dia berkolaborasi dan berlakon filem serta ‘content’ YouTube bersama pengarah Syahmi Syazli. Dia juga pernah memenangi trofi Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2020.