Pelaksanaan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini turut menjejaskan pendapatan anak seni. Ramai yang “mengeluh” mereka ‘struggle’ untuk menampung kos hidup bulanan.
Mewakili anak seni, Tomok menerusi akaun Instagramnya mengakui “periuk nasi” mereka terjejas kerana semua aktiviti serta persembahan mereka terpaksa ditangguh dan dibatalkan buat masa ini.
Harap kerajaan beri bantuan pada anak seni juga
Berdepan situasi agak perit untuk menampung kehidupan, Tomok berharap agar pihak kerajaan memberikan bantuan yang sepatutnya terhadap golongan selebriti yang kurang bernasib baik serta berdepan kesempitan hidup.
“Artis dah banyak duit kot. Bantu yang lebih memerlukan ketika ini”
Perkongsian Tomok itu bagaimanapun mendapat kritikan. Pada pendapat netizen, kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19. Kata mereka, artis sudah ada banyak duit dan sering mempamerkan kehidupan mewah.
“Minta bantuan dan mengadu pada persatuan seni”
Ada juga netizen yang mencadangkan agar Tomok memohon bantuan daripada persatuan anak-anak seni. Sekurang-kurangnya boleh lancarkan tabung derma untuk membantu penggiat seni yang kurang berkemampuan.
Tidak dinafikan, ada cadangan netizen yang boleh dipertimbangkan. Ketika ini, kita harus membantu mereka yang lebih memerlukan dahulu, kerana banyak lagi terpaksa menahan lapar kerana tidak mampu untuk menampung kehidupan. Apa pula pendapat anda?

Mohd Hazdy Firdaus Abdullah
March 27, 2020 at 2:29 pm
Golongan artis cuma terjejas dari segi tiada income masuk buat waktu ini tetapi rata2 mempunyai simpanan yg agak bnyk utk bertahan menyara hidup utk beberapa bulan sedangkan ramai rakyat jelata yg sekadar kais pagi mkn pagi. Golongan ini lah yg perlu diutamakan, bukan artis yg semata mata ingin mengekalkan gaya hidup mewah masing2 walau dlm situasi darurat sekali pun.
Rahmad
March 27, 2020 at 1:43 pm
X malu betul mangkuk tahi ni….
Deanna
March 27, 2020 at 11:15 am
baca lah statement dia, dia cakap artist senior2 yg terjejas, dia x cakap pun untuk diri dia, dia pun sst peniaga yg terjejas juga pasal lockdown, skg semua terjejas, cuma yg benar2 kaya mcm Dato IG, itu mmg x terjejaslah pasal mmg nampak mrk ada duit sgt2, rumah besar, kereta banyak sgt, jgn cakap beg, jam tangan dan baju terlalu banya
Anonymous
March 27, 2020 at 8:46 am
Artis dah kaya-raya Kut.fikirkan org lain pulak boh.duit yg bertimbun nak simpan je ke
Anonymous
March 27, 2020 at 8:22 am
Azwan ali pon tak mintak bantuan. buat malu je korang yg lain ni terhegeh nak mintak duit gomen..