March 26th, 2020

Pelaksanaan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini turut menjejaskan pendapatan anak seni. Ramai yang “mengeluh” mereka ‘struggle’ untuk menampung kos hidup bulanan.

tomok

Mewakili anak seni, Tomok menerusi akaun Instagramnya mengakui “periuk nasi” mereka terjejas kerana semua aktiviti serta persembahan mereka terpaksa ditangguh dan dibatalkan buat masa ini.

Advertisement

Harap kerajaan beri bantuan pada anak seni juga

tomok netizen kecam tomok bantuan kerajaan

Berdepan situasi agak perit untuk menampung kehidupan, Tomok berharap agar pihak kerajaan memberikan bantuan yang sepatutnya terhadap golongan selebriti yang kurang bernasib baik serta berdepan kesempitan hidup.

“Artis dah banyak duit kot. Bantu yang lebih memerlukan ketika ini”

netizen kecam tomok bantuan kerajaan netizen kecam tomok bantuan kerajaan netizen kecam tomok bantuan kerajaan

Advertisement

Perkongsian Tomok itu bagaimanapun mendapat kritikan. Pada pendapat netizen, kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19. Kata mereka, artis sudah ada banyak duit dan sering mempamerkan kehidupan mewah.

“Minta bantuan dan mengadu pada persatuan seni”

netizen kecam tomok bantuan kerajaan

netizen kecam tomok bantuan kerajaan

Ada juga netizen yang mencadangkan agar Tomok memohon bantuan daripada persatuan anak-anak seni. Sekurang-kurangnya boleh lancarkan tabung derma untuk membantu penggiat seni yang kurang berkemampuan.

Tidak dinafikan, ada cadangan netizen yang boleh dipertimbangkan. Ketika ini, kita harus membantu mereka yang lebih memerlukan dahulu, kerana banyak lagi terpaksa menahan lapar kerana tidak mampu untuk menampung kehidupan. Apa pula pendapat anda?

Advertisement

16 responses to “Kena Fikir Siapa Lebih Memerlukan – Netizen Kecam Tomok Harap Kerajaan Bantu Anak Seni”

  1. Wekkkkkkk says:

    Ada kalangn artis yg kaya raya..apa slh dermakn utk artis2 yg btul2 memerlukn. Artis yg kaya raya tu kdg2 tunjuk mcm2 brg mewah..sampai terkedu tgok harga. Saya tahu ada artis yg byr zakat dan derma2 ke rmh anak2 yatim..mmg adakan walaupun kita x nmpk. Tpi dlm keadaan mcm ini bantulh pengiat seni yg betul2 layak. Bntu utk mkn shj. Sbb byk bil yg dtangguhkn skrg ni byaran utk tempoh 6 bulan. Ini ha aku baru dpt info dri wifi..pun free utk temph PKP. Mna yg ada wifi lh .
    Merekapun mnusia juga. Cuma yg btul2 layak yg kita jrg nmpk berlakon. Atau sendu.
    Entahlh.
    Hari ini ada pengumumn dri PM. Kita tunggu. Mgkn rangsangan ekonomi yg last. Kita tunggu apakah itu…bantuan.
    Ada byk org komen d utube semasa PM berucap 25hb…bank tangguhkan 6 bulan byran utk car dan rumah..tpi penyewa2 tertanya2 adakh perlu byr ke owner..huhuhuhuhu..inilh yg artis hrpkn jugak kot mna yg myewa.
    InsyAllah ada jalannya.

  2. Nana says:

    Kat negara lain… Artis yg menderma utk meringankan beban, tapi kat Malaysia ni lain pulak hahha. Siap kata artis pon pernah bantu negara. Masa berduit tak ingat.

  3. Abg malek says:

    Boleh jd stokist ayam berempah saya brotomok

  4. Banyakkan says:

    Ramai lg yg susah dan lebih memerlukan..drpd mengeluh, baik berusaha..skrg ni boleh jana pendapatan online..banyakkan bersyukur..banyakkan saving ms tgh laku..

  5. Abg malek says:

    Ok black taknak keje jadi stokist ayam berempah gua….wa kasi lu tomok jd stokist ayam rampah gua k.Sila kol i ditalian 0123688663 ya. Boleh menjana pendapatan rm600-rm 2 ribu sebulan wooo

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...