March 26th, 2020

Pelaksanaan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini turut menjejaskan pendapatan anak seni. Ramai yang “mengeluh” mereka ‘struggle’ untuk menampung kos hidup bulanan.

tomok

Mewakili anak seni, Tomok menerusi akaun Instagramnya mengakui “periuk nasi” mereka terjejas kerana semua aktiviti serta persembahan mereka terpaksa ditangguh dan dibatalkan buat masa ini.

Harap kerajaan beri bantuan pada anak seni juga

tomok netizen kecam tomok bantuan kerajaan

Berdepan situasi agak perit untuk menampung kehidupan, Tomok berharap agar pihak kerajaan memberikan bantuan yang sepatutnya terhadap golongan selebriti yang kurang bernasib baik serta berdepan kesempitan hidup.

“Artis dah banyak duit kot. Bantu yang lebih memerlukan ketika ini”

netizen kecam tomok bantuan kerajaan netizen kecam tomok bantuan kerajaan netizen kecam tomok bantuan kerajaan

Perkongsian Tomok itu bagaimanapun mendapat kritikan. Pada pendapat netizen, kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19. Kata mereka, artis sudah ada banyak duit dan sering mempamerkan kehidupan mewah.

“Minta bantuan dan mengadu pada persatuan seni”

netizen kecam tomok bantuan kerajaan

netizen kecam tomok bantuan kerajaan

Ada juga netizen yang mencadangkan agar Tomok memohon bantuan daripada persatuan anak-anak seni. Sekurang-kurangnya boleh lancarkan tabung derma untuk membantu penggiat seni yang kurang berkemampuan.

Tidak dinafikan, ada cadangan netizen yang boleh dipertimbangkan. Ketika ini, kita harus membantu mereka yang lebih memerlukan dahulu, kerana banyak lagi terpaksa menahan lapar kerana tidak mampu untuk menampung kehidupan. Apa pula pendapat anda?


16 responses to “Kena Fikir Siapa Lebih Memerlukan – Netizen Kecam Tomok Harap Kerajaan Bantu Anak Seni”

  1. Gua ushar je says:

    Tomok o tomok..dr skolah sampai skarang ko ttp kurang bijak dlm berbicara..pendapat ape ni??? Dlm socmed tnjuk hidup mewah tp br duduk 2 mnggu kat umah da gelupur ckp xde keping..dr zaman ko pakai kancil sampai skrang da jd artis xkan xde simpanan.time senang ko ada tolong budak2 flat time diaorg susah..jgn sembang spt ko sorang terkesan pdhal byk lg rakyat marhaen perlu bantuan.elok la ko dgn si black tu sama2 bg cadangan mcm ni..xde job g cr job,jual kete ke motor ko.fod panda, grab dan runner ada.kerja lain pun ada.kenapa malu nak buat sb ko da jd artis???? Janji halal kerja n berkat sudah.br cukup terasanya bukan asyik nak kejar doniya yg xkekal ni

  2. Anonymous says:

    Betul…ramai lg yg lbh trjejas khdpnnya… pniaga kecil kciln..petani, nelayan, penoreh gth, pesakit yg sdg trlntar. Mrka kais pg mkn pg kais ptg mkn mlm sblm covid 19 lg…bl brdpn situasi ini khdpn mrk lg teruk…

  3. aku pun jahil gak.. says:

    ok2.. yang ne statement sama mcm dak black td.. black kata anak seni baaanyak memberi pd negara as if keje lain ne taklah menyumbang perkembangan ekonomi negara.. even housewife pun mnyumbang bila dorang beli barang tau black.. kerajaan mmbantu mereka yg sgt2 terkesan dengan wabak ne.. peniaga kecil.. mereka yg bergaji ikut hari.. korang ne skali buat show mashyuk jugak.. kalau tak, takde le boleh berumah dan berumah kereta besar kan.. yg perlu dbantu, mereka yg sebelum wabak ne menular pun nk makan susah.. lepas kejadian ne, lagi2 susah kehidupan mereka.. oklah.. aku husnuzon.. ko brckp based on kawan2 ko ygvlain yg sendu takde job or mereka2 yg dbelakang tabir ikut show/drama br ada duit.. kalau gtu, bagus lah.. ada duit lebih? bantu lah dulu rakan2 yg lebij memerlukan. konsep sedekah faham? satu ko bagi, 10 ko dpt tp dengan syarat bila ko bg ko tk mgharap apa2..

  4. Anonymous says:

    Tapi, Sila beringat. Jgn ganggu kerja polis pulak atau lokap jawabnya

  5. Anonymous says:

    Nak bantuan perlu beri kerjasama juga. Jgn melepak kluar sana sini. Patuh PKP.
    Kalau terdesak jugak nakkan pendapatan, boleh pi bantu polis atau org hospital tu, cleaner2 ke. Dpt makan free.
    Thank You kat Ust Ebit Lew sedekah makanan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...