March 26th, 2020

Pelaksanaan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini turut menjejaskan pendapatan anak seni. Ramai yang “mengeluh” mereka ‘struggle’ untuk menampung kos hidup bulanan.

tomok

Mewakili anak seni, Tomok menerusi akaun Instagramnya mengakui “periuk nasi” mereka terjejas kerana semua aktiviti serta persembahan mereka terpaksa ditangguh dan dibatalkan buat masa ini.

Harap kerajaan beri bantuan pada anak seni juga

tomok netizen kecam tomok bantuan kerajaan

Berdepan situasi agak perit untuk menampung kehidupan, Tomok berharap agar pihak kerajaan memberikan bantuan yang sepatutnya terhadap golongan selebriti yang kurang bernasib baik serta berdepan kesempitan hidup.

“Artis dah banyak duit kot. Bantu yang lebih memerlukan ketika ini”

netizen kecam tomok bantuan kerajaan netizen kecam tomok bantuan kerajaan netizen kecam tomok bantuan kerajaan

Perkongsian Tomok itu bagaimanapun mendapat kritikan. Pada pendapat netizen, kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19. Kata mereka, artis sudah ada banyak duit dan sering mempamerkan kehidupan mewah.

“Minta bantuan dan mengadu pada persatuan seni”

netizen kecam tomok bantuan kerajaan

netizen kecam tomok bantuan kerajaan

Ada juga netizen yang mencadangkan agar Tomok memohon bantuan daripada persatuan anak-anak seni. Sekurang-kurangnya boleh lancarkan tabung derma untuk membantu penggiat seni yang kurang berkemampuan.

Tidak dinafikan, ada cadangan netizen yang boleh dipertimbangkan. Ketika ini, kita harus membantu mereka yang lebih memerlukan dahulu, kerana banyak lagi terpaksa menahan lapar kerana tidak mampu untuk menampung kehidupan. Apa pula pendapat anda?

Advertisement

16 responses to “Kena Fikir Siapa Lebih Memerlukan – Netizen Kecam Tomok Harap Kerajaan Bantu Anak Seni”

  1. Anonymous says:

    Masih ramai lagi yg lebih memerlukan,anak seni dah ada persatuan mereka sendiri,bantuan kerajaan mesti lebih tertumpu pada yg kurang bernasib baik spt penjaja kecil,pekerja ikut gaji harian etc..bukan nak busybody,sebelum ni takde plan ketika berbelanja ke atau memang boros takde menyimpan?awk pernah menang 1juta,buat show Sana sini,cipta lagu etc,tak kan takde emergency saving ?

Leave a Reply to Wekkkkkkk Cancel reply

Loading...