January 23rd, 2020

Apabila bercakap soal jodoh, pasti semua orang mahukan pasangan yang terbaik buat mereka. Bila bersama dapat merasai kemanisan cinta dan paling penting, sentiasa melengkapi antara satu sama lain.

uqasha senrose

Begitulah juga dengan pelakon Uqasha Senrose yang masih mencari teman hidup yang sesuai dengannya. Menurut Uqasha, dia bukanlah mencari seorang yang sempurna tetapi cukuplah sekadar lelaki yang kena dengan jiwanya.

Bukan tak sedia, cuma tak jumpa orang yang betul. Kahwin ni bukan sehari dua, tak naklah sebulan dua bulan, cerai, makan hati, kalau laki tu tak jaga hati. Saya memang jaga bab tu, takut salah pilih orang.

lelaki idaman uqasha senrose

Saya tak fikir pasal status (calon suami) ke apa, cukuplah seorang yang stabil (kewangan), hormat orang tua, ada agama, setia dan jujur.

Bagaimanapun, Uqasha memberitahu dia enggan terburu-buru mencari pasangan dan buat masa ini dia belum lagi fikirkan soal perkahwinan.

uqasha senrose

Dalam soal memilih pasangan hidup, kita tidak harus terburu-buru. Biarlah ambil masa sedikit asalkan nanti berkekalan. Semoga satu hari nanti Uqasha bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.

Sumber Berita : Astro Gempak

6 responses to “Kena Dengan Jiwa Pun Dah Cukup – Uqasha Senrose Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman”

  1. sepaun says:

    Kamal adli cepat2 la masuk meminang uqasha ni.. Xkan nak tunggu sampai umur dia masuk 30an mcm intan dulu.. Asyik nafi ja keja.. Mcm la org x tau korang tengah hangat bercinta! Dgn ex bf dulu cepat ja ngaku..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini