Usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menerusi sesi live di Instagram mengaku isterinya, Syafiqah Aina terkena buatan orang. Kini, isterinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz iaitu pengamal perubatan Islam.
Mereka walau bagaimanapun sudah memaafkan pelaku dan meminta maaf sekiranya ada posting media sosial yang membuatkan orang ramai tidak senang. Jelas Aina, dia sebolehnya tidak mahu ungkit kembali kejadian yang sudah berlaku. Baginya, apa yang menimpa dirinya dan keluarga adalah satu mimpi buruk.
View this post on Instagram
Dalam hantaran itu lagi, Aina berdoa semoga Allah SWT menjauhkan semua orang daripada sebarang anasir buruk dan hasad dengki yang boleh memporak-perandakan kehidupan.
Sementara itu, ada segelintir pengikut yang menasihati pasangan ini agar tidak terlalu menunjukkan kebahagiaan di laman sosial.
Menurut netizen, meskipun perkongsian dibuat untuk memberi inspirasi kepada orang lain, ada juga yang busuk hati menggunakan jalan kotor seperti sihir. Tak kurang juga yang menganggap ini adalah cabaran bagi seorang usahawan di mana ada pihak yang tidak suka melihat mereka berjaya.
Untuk rekod, Hafiz Mahamad telah mendirikan rumah tangga dengan Syafiqah Aina pada 24 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 26 Jun 2019 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Kesiananonbawahlogicpendek
September 8, 2021 at 12:36 am
Orang zaman sekarang mmg akan ain kalau gambar perfect macam tue lagi lagi berhijab suami hensem sebab die orang x bahagia tengok orang lain dapat perfect family cam tue kena berpada pada apa yang di kongsi di media sosial yang anonymous kutuk orang makcik ni orang die zero logical itu sebab bodo angin die bertambah tambah. Because u have small IQ in islam that’s why u are stupid anonymous
Anonymous
September 7, 2021 at 6:00 pm
apa la ko merapu ni makcik
Anonymous
September 7, 2021 at 4:50 pm
sebab tu kena berhati2 apa yg kita share di social media..bkn sihir ajer, penyakit ain pun boleh menyebabkan kita sakit…kita tak tau dalam ramai2 follower tu berapa ramai yg suka atau benci pada kita…so beringat2 lah bila nak share something di social media.
tecit
September 7, 2021 at 2:59 pm
aku rase ni mesti saranan ustaz. suruh mintak maaf dalam media sosial sebbab benda ni wlupun kite dah tawarkan selagi die ade niat xbaik, selagi die ade barang2 kite gambar ke ape mmg die akan hantor lagi. mmg solusinye kene mintak maaf je.
pengajaran sunggoh laa ya Allah. wlpun niat kite tunjuk utk bg motivasi tp ade jgk yg sakit hati xleh nk dinafikan. ape2 pon kene berpada2. bersederhanalah dalam ape2 sekalipun.. penyakit ain (hasad dengki) ni mmg Allah dah bagitau dlm quran. klu boleh dielakkan elakkan lah..
Bicycletrip
September 7, 2021 at 2:44 pm
Memang ade I dulu dah kena awal dahhhh kekadang dari keluarga take senang tengok kebhagiaan ko ada jangan post facebook lebih lebih lagi day berhijab Meg bukan senang lagi seri naik suami sayang anak pun ada can perfect Mmg akan disihir tambah tambah show rumah bagi yang hijab ni dah rumah bagus pakai logic agama benda salah Tue boleh tahu jangan can bimbos main post je walau suami benarkan jangan jadi dungu