Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kena Buatan Orang, Syafiqah Aina Mohon Maaf Jika Entri Media Sosial Buat Orang Tak Senang

syafiqah aina

Usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menerusi sesi live di Instagram mengaku isterinya, Syafiqah Aina terkena buatan orang. Kini, isterinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz iaitu pengamal perubatan Islam.

Advertisement

Mereka walau bagaimanapun sudah memaafkan pelaku dan meminta maaf sekiranya ada posting media sosial yang membuatkan orang ramai tidak senang. Jelas Aina, dia sebolehnya tidak mahu ungkit kembali kejadian yang sudah berlaku. Baginya, apa yang menimpa dirinya dan keluarga adalah satu mimpi buruk.

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Dalam hantaran itu lagi, Aina berdoa semoga Allah SWT menjauhkan semua orang daripada sebarang anasir buruk dan hasad dengki yang boleh memporak-perandakan kehidupan.

Advertisement

Sementara itu, ada segelintir pengikut yang menasihati pasangan ini agar tidak terlalu menunjukkan kebahagiaan di laman sosial.

syafiqah aina

Menurut netizen, meskipun perkongsian dibuat untuk memberi inspirasi kepada orang lain, ada juga yang busuk hati menggunakan jalan kotor seperti sihir. Tak kurang juga yang menganggap ini adalah cabaran bagi seorang usahawan di mana ada pihak yang tidak suka melihat mereka berjaya.

Untuk rekod, Hafiz Mahamad telah mendirikan rumah tangga dengan Syafiqah Aina pada 24 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 26 Jun 2019 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. unknown

    September 8, 2021 at 9:26 am

    yg ak tgk xde benda yg boleh terinspirasi & manfaat selain daripada gaya hidup yg showoff sangat2

  2. Bodorepeating

    September 8, 2021 at 4:40 am

    Ke dark marketing semua ni ingat orang bodoh netizen getting smarter not dumb banyak yang Ade degree x bodo

  3. Stupid

    September 8, 2021 at 12:44 am

    Lain kali jangan nak menunjuk show off gambar sini sana no brainer Aku faham apa bicycle cuba deliver anonymous ni bangang sebab IQ low mentality die slow proses hadam pendek.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top