Kena Buat Adegan ‘Panas’, Nadia Brian Tolak Tawaran Berlakon Di Hollywood

Hiburan

Kena Buat Adegan ‘Panas’, Nadia Brian Tolak Tawaran Berlakon Di Hollywood

Ditawarkan untuk membintangi drama bersiri sebanyak 12 episod di pentas Hollywood sudah pasti merupakan sebuah berita gembira buat pelakon Nadia Brian. Seperti impian sudah menjadi kenyataan, Nadia walau bagaimanapun memberitahu bahawa dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana drama tersebut memerlukan dia tampil untuk melakukan beberapa adegan panas.

Nadia BrianSumber : Instagram Nadia Brian  

Menurut Nadia, pada awalnya dia sangat gembira apabila ditawarkan dengan peluang berlakon di arena antarabangsa namun bertukar kecewa apabila mendapati wataknya perlu berbogel dalam beberapa adegan ‘panas’.

Advertisement

Menganggap perkara tersebut melanggar adab ketimuran dan status dirinya sebagai seorang muslim, Nadia berkata adegan tersebut lebih daripada aksi bercumbu.

View this post on Instagram

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

“Ia lebih daripada adegan bercium. Mungkin adegan berbogel di Hollywood bukan satu masalah besar tetapi saya tidak mampu melakukannya. Saya mungkin berpakaian seksi tapi saya takkan tanggalkan pakaian di set hanya untuk melakukan adegan panas tersebut untuk satu platform ‘streaming’ di Hollywood.”

Baginya, bukan mudah untuk  dirinya menolak tawaran berlakon ini  kerana ianya merupakan impian setiap pelakon untuk beraksi di pentas Hollywood. Namun begitu, setelah berbincang, pelakon filem Ratu Kala Jengking ini mengambil keputusan untuk tidak bersetuju kerana enggan mencalarkan nama baik diri serta keluarganya.

View this post on Instagram

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

Tambahnya lagi, jika dia menerima tawaran tersebut, dia dijangka akan memulakan penggambara bermula pada bulan ini selama enam bulan bertempat di negara Ireland.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...