Susulan daripada keputusan kerajaan meluluskan perlaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini, ianya telah menimbulkan perdebatan dan juga pendapat yang berbeza dalam kalangan netizen.
Dalam pengumuman itu, Perdana Menteri berkata perlaksanaan gaji minimum itu hanya membabitkan majikan daripada syarikat besar dan tidak melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ada yang menyambut baik namun ada juga kalangan rakyat yang terkena ‘tempias’ apabila terpaksa diberhentikan kerja berikutan majikan masing-masing dikatakan sudah tidak mampu membayar gaji dengan jumlah itu.
Menurut satu perkongsian seorang peguam ini di Twitter, para pekerja yang diberhentikan secara tidak adil (unfair dismissal) boleh meembuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) kerana majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sesuka hati mereka.
Kata peguam yang dikenali sebagai Nas Rahman itu, sesiapa sahaja boleh buat aduan jika diberhentikan secara tidak adil, tanpa mengira had gaji seseorang.
Pertama sekali, kita kenalpasti dulu apa jenis-jenis buang kerja yang selalu berlaku:
1. Kena buang dengan alasan masalah disiplin
2. Kena buang dengan alasan prestasi kerja
3. Pemberhentian kerja (retrenchment)
4. Tenaga kerja berlebihan (redundancy)— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
Bila kita rasa kena buang kerja secara tak betul amcam ni, jangan ambil masa lama sangat untuk bersedih. Kena bertindak cepat!
Antara aduan yang boleh dibuat kepada JPP adalah pekejra dipaksa untuk letak jawatan, tenaga kerja yang berlebihan, pembuangan kerja secara konstruktif atau dibuang tanpa alasan.
Aduan perlulah dibuat ke JPP dalam masa 60 hari dari tarikh diberhentikan dan pihak mereka akan menetapkan tarikh bagi proses Runding Damai.
Jika kes tidak dapat diselesaikan di peringkat JPP, anda boleh meminta pegawai JPP untuk merujuk kes anda ke Mahkamah Perusahaan bagi memulakan prosiding.
“Dalam kes yang mana pekerja menang, majikan perlu bayar pampasan yang diberikan dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan.” jelasnya lagi.