Pelakon Zahiril Adzim baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah dilamar pihak produksi Hollywood tetapi menolak tawaran tersebut kerana memerlukannya untuk beraksi ranjang di atas katil.
Menurut sumber, Zahiril Adzim atau nama sebenarnya Mohd. Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar, 38, menolak tawaran berkenaan kerana melanggar prinsipnya sebagai seorang muslim.
Pelakon itu menyatakan dia diminta untuk melakukan babak intim di atas katil bersama seorang pelakon wanita dengan berbogel separuh badan menerusi skrip yang dibaca.
Baru sahaja membaca skrip, belum apa-apa sudah ada babak intim atas katil yang memerlukan saya dan pelakon wanita berbogel separuh badan. Terus saya ucap selamat tinggal.”
Dalam pada itu, pelakon filem Ada Hantu itu mengakui mempunyai impian untuk melebarkan kariernya di persada antarabangsa namun tidak akan melanggar hukum agama semata-mata kerjaya lakonan.
Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tetapi jika diberi peluang siapa yang tidak mahu. Namun jika kerja itu meminta untuk melawan hukum Allah, saya rela tolak.”
Tambahnya lagi, pelakon sememangnya perlu mengambil risiko demi karakter yang dimainkan, tetapi itu bukanlah satu alasan untuk mengetepikan ajaran agama.
Ya, seorang pelakon sepatutnya perlu lakukan apa sahaja demi watak. Bergantung kepada pelakon itu sendiri. Bagaimanapun, saya ada agama dan prinsip sendiri. Saya tidak akan sesekali ketepikan perkara tersebut.”
Sekadar info, Zahiril Adzim akan muncul dalam filem terbaharu yang berjudul Ada Hantu 2 di mana dia turut bergandingan bersama Hairul Azreen , Shiqin Kamal dan Elvina Chua.
Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: