“Kena Betulkan Diri Dulu..” Bawa Watak Ustazah, Azira Shafinaz Ada Pasang Niat Untuk Berhijab Sepenuhnya

Hiburan

“Kena Betulkan Diri Dulu..” Bawa Watak Ustazah, Azira Shafinaz Ada Pasang Niat Untuk Berhijab Sepenuhnya

Penyanyi dan juga pelakon, Azira Shafinaz mengakui ada menyimpan hasrat untuk bertudung litup sepenuhnya namun enggan melakukan perubahan secara drastik.

Azira ShafinazSumber : Instagram Azira Shafinaz  

Menurut Azira yang merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan DeFam, dia mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik sebelum berubah ke arah itu.

Advertisement

Ingin mencontohi rakan baiknya iaitu Cik Manggis, Azira berkata dia akan berhijab apabila sudah bersedia dan turut berharap agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Sudah tentu, satu hati nanti(bertudung), kita pun orang Islam dan nak yang terbaik untuk diri kita. Jadi saya hanya harap orang dekat luar dana doa yang baik-baik untuk saya. Doakan satu hari nanti saya berhijab sama macam Cik Manggis. Perkara ini mengambil masa..”

Azira ditemui ketika sesi tayangan perdana telefilem Penunggang Agama di ECurve, Petaling Jaya pada hari Isnin yang lalu.

Ketika sidang media tersebut, Azira telah ditanyakan soalan mengenai niat untuk berhijab oleh media apabila dia turut memegang watak sebagai Ustazah Anna dalam naskah  arahan pengarah Syafiq Yusof itu.

Ujar Azira lagi, dia turut mendapatkan bantuan seorang guru yang merupakan kawan kepada Syafiq dalam mengajarnya cara membaca ayat Al-Quran dengan betul dalam telefilem tersebut.

Penunggang Agama yang menampilkan pelakon utama Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan serta Sabrina Al akan mula ditayangkan di Saluran Astro First bermula Khamis ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...