Penyanyi dan juga pelakon, Azira Shafinaz mengakui ada menyimpan hasrat untuk bertudung litup sepenuhnya namun enggan melakukan perubahan secara drastik.
Menurut Azira yang merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan DeFam, dia mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik sebelum berubah ke arah itu.
Ingin mencontohi rakan baiknya iaitu Cik Manggis, Azira berkata dia akan berhijab apabila sudah bersedia dan turut berharap agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.
View this post on Instagram
“Sudah tentu, satu hati nanti(bertudung), kita pun orang Islam dan nak yang terbaik untuk diri kita. Jadi saya hanya harap orang dekat luar dana doa yang baik-baik untuk saya. Doakan satu hari nanti saya berhijab sama macam Cik Manggis. Perkara ini mengambil masa..”
Azira ditemui ketika sesi tayangan perdana telefilem Penunggang Agama di ECurve, Petaling Jaya pada hari Isnin yang lalu.
Ketika sidang media tersebut, Azira telah ditanyakan soalan mengenai niat untuk berhijab oleh media apabila dia turut memegang watak sebagai Ustazah Anna dalam naskah arahan pengarah Syafiq Yusof itu.
View this post on Instagram
Ujar Azira lagi, dia turut mendapatkan bantuan seorang guru yang merupakan kawan kepada Syafiq dalam mengajarnya cara membaca ayat Al-Quran dengan betul dalam telefilem tersebut.
Penunggang Agama yang menampilkan pelakon utama Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan serta Sabrina Al akan mula ditayangkan di Saluran Astro First bermula Khamis ini.