Melalui perkongsian di TikTok, pempengaruh dan trader dikenali ramai iaitu Opai memaklumkan dirinya berjaya membawa pulang anugerah Malaysia Top Achievers 2025: Kecermelangan Kepimpinan Dalam Pemasaran Pempengaruh, baru-baru ini.
Bukan perjalanan yang mudah, terima banyak kecaman
Dapat dilihat melalui hantaran yang dikongsikan, Opai atau nama sebenarnya, Aliff Awang berasa bangga dengan pencapaian yang berjaya dirangkul biarpun selama ini menerima pelbagai komen negatif daripada orang ramai.
Dedah suami kepada pelakon, Fatin Afeefa itu, perjalanan untuk sampai ke hari ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dia memilih untuk tidak berputus asa dan akhirnya mendapat hasil yang sempurna.
“Mereka kena belajar sebut nama dengan hormat”
Aku diam, aku fokus, aku tak lawan dengan mulut tapi lawan dengan kerja. Hari ini mereka kena belajar sebut nama aku dengan hormat.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dengan luahan hati Opai serta mengucapkan tahniah buatnya kerana berjaya membawa pulang anugerah itu.