Written by Bella | November 13th, 2017

Umum mengetahui 12 buah lagu sudah terpilih untuk berentap di pentas Anugerah Juara Lagu Ke 32 selepas tamatnya program Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 32 semalam. Antara penyanyi yang bertanding sebelum ini adalah Ayda Jebat menerusi lagu Mata.

Walaubagaimanapun, Ayda gagal ke AJL 32 dan ia turut membuat peminatnya merasa kecewa. Menerusi sebuah posting berbentuk motivasi diri di akaun Instagramnya, ada beberapa peminat yang memberikan komen apa kurangnya lagu Mata berbandingkan lagu lain yang terpilih.

Ayda ketika membalas komen peminatnya dilihat seakan mempertikaikan keputusan juri. Adakah Ayda tidak berpuas hati lagunya tidak layak ke AJL 32?

Kami yakin pasti juri telah membuat keputusan yang terbaik dalam memilih lagu yang layak untuk mara ke AJL 32 cuma mungkin belum ada lagi rezeki buat Ayda. Janganlah cepat putus asa dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

111 responses to Kena Baik Dengan Juri Dan Produser Kot – Ayda Jebat Tidak Puas Hati Lagu Mata Gagal Ke AJL 32?

  1. Anonymous says:

    Ayda Jebat jangan perasan please..Dato’ CT pun pernah tak lepas ke final AJL 2003 lagu Badarsila..elok je tak kecam sape2 and merajuk secara profesional

  2. elyna says:

    Ayda jebat ni sombong..

  3. zabedah zabit says:

    BUKAN SEDAP PUN LAGU AYDA JEBAT TU..BAGUS JUGA TAK MASUK

  4. Anonymous says:

    xkn la stiap thn AJL ko nk masuk finale

  5. Anonymous says:

    suara ko sedap sgt ke nyah..

  6. melati says:

    hahaha.. dh Gila kew Aida Jebat ni..!!!

  7. Mendeeeee says:

    Takpelah biarlah dia nak lagu dia masuk AJL. At least, bila dia masuk, dia boleh jadi lagu yang kalah. Tak begitu tuan tuan. Kihkih

    • hei hang jebat lebih baik ko turun says:

      takkanlah lagu yang dia nyanyi boleh jadi juara lagu?? kalau masuk final sekalipun cuma sebagai peserta je bukan juara.. at least bagi peluang perform masuk tv..