“Kemungkinan Ustaz Yang Dirogol..” – ‘Pengerusi Kem Tahfiz’ Teruk Dikecam, Sempat Nak Gurau Isu Pendakwah Rogol Remaja

Kehidupan

“Kemungkinan Ustaz Yang Dirogol..” – ‘Pengerusi Kem Tahfiz’ Teruk Dikecam, Sempat Nak Gurau Isu Pendakwah Rogol Remaja

Sejak beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial seorang pendakwah bebas dikenali ramai ditahan atas tuduhan merogol remaja perempuan berumur 14 tahun dan ramai yang tertanya-tanya siapakah ‘pendakwah’ tersebut kerana identitinya masih belum diketahui.

Terbaru, seorang individu lelaki telah memuat naik satu status di Facebook yang mengundang kecaman daripada para netizen kerana status yang ditulis seakan-akan tidak sensitif serta tidak berasas.

Advertisement

Melalui perkongsiaan lelaki itu, dia mempersoalkan tuduhan penceramah bebas dikenali sebagai F&N merogol remaja perempuan terbabit banyak kali.

individu gurau isu pendakwah rogol remaja

Lagi membuatkan statusnya itu mengundang kecaman, bila dia sempat bergurau dengan mengatakan barangkali remaja itu yang merogol ustaz F&N terbabit kerana berlaku berulang kali.

Individu terbabit dikecam ramai kerana seakan-akan tidak sensitif dengan isu yang telah terjadi, lebih-lebih apabila berkaitan dengan soal merogol. Namun, dia tidak mendiamkan diri dan membalas komen netizen dengan mempertikaikan punca kejadian hingga menambahkan lagi orang ramai untuk ‘menghentamnya’.

komen facebook

Ramai netizen berasa berang melihat cara individu terbabit mempertikaikan isu ini dan lebih mengecewakan mereka apabila mengetahui lelaki ini merupakan pengerusi kem tahfiz.

komen facebook

Bukan itu saja, ada juga netizen mempersoalkan kebijaksanaan lelaki ini dan sama-sama merasakan kenyataan yang dilakukan ini jelas membuktikan cara pemikiran orang agama sudah banyak yang rosak.

Kemungkinan besar sedar diri teruk dikecam ramai, lelaki terbabit telah memadam entri tersebut di laman Facebooknya.

penceramah bebas rogol remaja peremouan
4 bulan lalu

"Perangai Serupa Iblis!" - Umpan Belanja Makan Sebelum Rogol, Wanita Bongkar Cerita Kes Penceramah Bebas Rogol Remaja 14 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 22, 2022 at 2:05 am

    Bingai

  2. Rahsia

    July 21, 2022 at 12:28 pm

    Anak sendiri kena baru dorg tau agaknya bukan benda lawak! ?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...