Durian terkenal di Asia Tenggara dan diminati ramai orang terutamanya di Malaysia. Ketika ini telah masuk musim durian, orang ramai mula mencari ‘raja buah’ ini.
Bagaimanapun, hanya segelintir pembeli yang arif dalam memilih buah durian yang terbaik dimana isi dalamnya semuanya banyak, matang, manis dan pastinya sedap.
Mari baca tips berguna untuk memilih buah durian ini..
1. Lihat Pada Tangkainya
Durian yang jatuh dari pokok memiliki tangkai yang agak bergerigi. Jika tangkainya kelihatan rata atau seperti dipotong, kemungkinan besar durian itu telah dipetik sebelum waktunya masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya mengunakan kuku, kalau kilitnya tebal maka isi buahnya pun tebal. Sekiranya bahagian dalam kulitnya bewarna kuning, makan isi buah juga bewarna kuning.
2. Pilih Buah Yang Ringan
Jangan membeli durian berdasarkan beratnya kerana durian yang berat biasanya masih mentah dan isinya kemungkinan berair atau berbau busuk.
3. Goncang
Jika terasa sesuatu yang bergoncang di dalam buah, bermakna isinya berjenis kering dan itu merupakan salah satu tanda yang bagus.
4. Berbentuk Bulat
Buah durian yang berbentuk bulat menandakan isi buah durian itu besar. Kebanyakan buah durian yang berbentuk lonjong biasanya memiliki isi yang sedikit.
5. Perhatikan Kulit
Jika kulit buah kelihatan berduri jarang dan besar, ada kemungkinan durian tersebut berisi padat . Bagi durian yang bersaiz kecil dan durinya berjarak dekat, isinya pasti agak lembik.
6. Pilih Buah Yang Memiliki Lima Juring (Kamar-Kamar)
Buah durian memiliki kamar-kamar atau juring yang menempatkan isi dan biji buah. Juring boleh dilihat dari permukaan kulit yang berupa garisan dari bahagian atas hingga bahagian bawah buah.
7. Aroma/Bau
Ketika memilih durian, cuba hidu baunya dan jika baunya kuat, kemungkinan isi buahnya manis dan matang. Tetapi sekiranya tidak terdapat sebarang bau dari durian itu, mungkin isinya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi tawar dan hambar.
Kredit : Siti Nurjanah