Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata kepada pihak Harian Metro bahawa terdapat tiga kemungkinan suntikan yang disuntik kepada anaknya pada, semalam, di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya.
Dakwa Rafizi, terdapat tiga kemungkinan mengenai suntikan tersebut, di mana pertamanya adalah berbentuk dadah ataupun racun.
Kedua, yang disuntik itu adalah berbentuk virus. Maksudnya (seperti) hepatitis, HIV dan yang lain-lain. Yang ketiga ialah dia (suntikan itu) hanya kosong, dia suntik air.
View this post on Instagram
Namun begitu, menurut bekas menteri itu, dalam tempoh 24 jam, keutamaanya ialah ujian darah, untuk menolak kemungkinan suntikan itu dadah atau racun.
Ketika ini, hal yang penting adalah pemerhatian dan Rafizi memaklumkan semua kelihatan baik-baik saja dan tidak mempunyai kesan-kesan segera.