Kemunculan Terbaru Nampak Mencurigakan, Adakah Kim Jong Un Masih Hidup Atau Ada ‘Klon’?

Trending

Kemunculan Terbaru Nampak Mencurigakan, Adakah Kim Jong Un Masih Hidup Atau Ada ‘Klon’?

Kisah pemimpin Korea Utara ini nampaknya masih hangat diperkatakan selepas beliau membuat kemunculan secara mengejut di kilang baja Sunchon pada 1 Mei yang lalu. Perkara ini sekali gus melenyapkan semua khabar angin yang dia telah meninggal dunia yang tular sebelum itu.

Baca: Penampilan Pertama Kim Jong Un Sambil Tersenyum Di Khalayak Ramai Redakan Spekulasi Lama

Advertisement

Persoalannya ialah, adakah Kim Jong Un yang muncul adalah Kim Jong Un yang sebenar?

Walaupun jelas Kim Jong Un membuat kemunculannya pada waktu itu, namun pengguna internet enggan mempercayainya dan merasakan bahawa pemimpin Korea Utara itu mungkin mempunyai klon.

Konspirasi ini muncul ketika ramai yang sudah menganggap bahawa Kim Jong Un sebenarnya sudah meninggal dunia selepas tewas akibat kegagalan pembedahan jantung baru-baru ini.

Oleh itu, ramai netizen telah mengkaji secara teliti berkenaan perkara itu dan membuat perkongsian di Twitter tentang perbezaan gambar penampilan terbaru Kim Jong Un dan membandingkan rakaman dengan gambar sebelumnya.

Mereka menunjukkan perbezaan ciri fizikal seperti gigi dan telinganya.

 

Bukan itu sahaja, malah bekas anggota Parlimen Britain Louise Mensch juga ada menyiarkan beberapa tweet mengenai perkara itu.

“Ia bukan orang yang sama.”

 

Spekulasi itu nampaknya berjaya membuatkan netizen benar-benar bingung memikirkannya. Malah, Twitter terus dibanjiri dengan catatan yang membandingkan gambar lamanya dengan penampilannya baru-baru ini.

Difahamkan ada segelintir pihak telah mendakwa bahawa terdapat klon yang menyerupai Kim Jong Un yang berdiri disebelahnya dan pernah dilihat sebelum misi pelancaran peluru berpandu Hwasong-14. Malah, klon itu juga dikatakan turut mempunyai potongan rambut dan mengenakan pakaian yang sama.

Khabar angin mengenai kesihatan dan kematian Kim Jong Un mula tular setelah beliau gagal menghadiri sambutan ulang tahun pengasas negara tersebut iaitu Kim Il Sung pada 15 April. Pada 12 April lalu, dia dilaporkan menjalani satu pembedahan dan tidak memunculkan diri di khalayak ramai selepas itu.

Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...