Namun begitu, ianya sebenarnya adalah penjelasan untuk satu siaran Instagram secara langsung oleh Fathia meluahkan kekecewaan apabila kemunculannya untuk satu siaran FB Live dibatalkan walaupun pelakon itu telah muncul dan menukar pakaian.
mStar Online melaporkan, dalam satu siaran langsung di Instagram pada malam hari Jumaat, pelakon Fathia Latiff menyatakan merasa dipermainkan apabila kemunculannya untuk satu siaran langsung membabitkan Sepahtu dibatalkan.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Mengakui hadir lewat:
Memang salah saya tapi bila dah sampai mereka suruh saya tukar baju kurung. Sepatutnya saya dapat watak Elizad itu.
Tiba-tiba mereka batalkan tapi tak apa. Saya tak ada masalah dengan itu. Tapi sedihlah sebab mereka bagi alasan.
Saya sampai pukul 8 malam dah siap tukar baju kurung dan tudung labuh. Kemudian suruh tukar balik baju arab. Rasa dipermainkan. Tapi tak apa, semoga Allah merahmati anda.
Dia bagaimanapun tidak menerangkan bahawa dia muncul dalam keadaan tidak bermaya seperti yang didakwa oleh pihak produksi:
Mereka hanya minta saya tunggu segmen 5. Saya tanya mana fon telinga tapi mereka suruh tunggu.
Saya duduk dekat belakang dan tunggu saja sebab ada mesej nak sampaikan untuk orang ramai. Ia satu mesej yang bagus untuk rakyat Malaysia.
Tapi tiba-tiba mereka batalkan tanpa beritahu awal.
Dari tinjauan penulis, artikel menerangkan kehadiran lewat Fathia di Astro Gempak hanya dikeluarkan pagi Sabtu, setelah Fathia membuat siaran langsung tersebut. Bagaimanapun, atas sebab tidak diketahui Fathia didakwa telah memadam siaran langsung itu dari Instagram beberapa jam selepas ia dibuat.
Sebelum itu, pada Khamis, Fathia juga menulis di Twitter membandingkan harga minyak negara ini yang naik tujuh sen pada Rabu dengan harga petrol di beberapa negara pegeluar minyak yang lain.
Oil price per liter globally: United Arab Emirates Rm 1.22Bahraini Rm O.89Qatar Rm O.72 Kuwait Rm O.69 Libya Rm O.46 Saudi Arabia Rm O.39 Iran Rm O.36 Nigeria Rm O.33
Turkmenistan Rm O.26 Venezuela Rm O.16 Malaysia???? Rm 2.3O. Ceteka negara mana minyak paling mahal ?— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) November 16, 2017
Bagaimanapun seorang ahli politik telah membidas kenyataan Fathia tersebut:
Salam dik,
Bodoh tolong simpan sikit. Yang disebut itu semua negara Opec. Malaysia masuk opec pun tidak layak. Maknanya pengeluaran sikit. Skrg Malaysia adalah net importer bukan net exporter. Macam mana hendak jual murah? Ingat dik ada beza antara opec dan kopek. https://t.co/wDhTUt4AOm
— A Jalil Backer (@jalilbacker) November 17, 2017
Apakah sebenarnya yang telah berlaku pada Fathia? Hanya dia tahu jawapannya dan hanya dia boleh mengubah dirinya. – beautifulnara.com