Kemuka Rayuan Atas Kesalahan Pukul Anak, Bekas Suami Ziana Zain Dijatuhi Hukuman Penjara 8 Bulan

Hiburan

Kemuka Rayuan Atas Kesalahan Pukul Anak, Bekas Suami Ziana Zain Dijatuhi Hukuman Penjara 8 Bulan

Bekas suami kepada penyanyi tersohor Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri dilaporkan telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan atas kesalahan merotan tangan anak lelaki mereka.

Peguam yang mewakili Armin, Amir Farid Mohd Nawawi berkata, rayuan itu telah difailkan pada tarikh yang sama anak guamnya dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Shah Alam iaitu pada 28 September yang lalu.

Advertisement

Sebelum ini, Majistret Sabreena Bakar @ Bahari telah menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Armin bersalah di atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan iaitu luka dan lebam ke atas anak lelakinya yang pada ketika itu berusia sembilan tahun dengan menggunakan sebatang rotan pada jam 8 hingga 10.30 malam, 24 Februari 2018 yang lalu.

Armin telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membolehkan dia dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika bersalah.

View this post on Instagram

……………………………………….. Makeup @bobocinta ? Baju Raya @rizmanruzaini ?

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

View this post on Instagram

Assalamualaikom Selamat HariRaya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin Dari Kami ?????????????

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

Bekas ketua pramugara itu difahamkan telah ditangkap pada 2 Mac 2018 setelah Ziana Zain membuat laporan polis atas kesalahan tersebut pada 27 Februari tahun yang sama.

Sekadar info, Ziana dan Armin telah sah bercerai dengan talak satu pada 12 Julai 2018 setelah penyanyi yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah itu memfailkan tuntutan cerai pada 3 April 2018 setelah suaminya itu enggan melafazkan cerai terhadapnya.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...