Kempen Puff For A Puff – Tukar Rokok Dengan Karipap

Trending

Kempen Puff For A Puff – Tukar Rokok Dengan Karipap

“Puff For A Puff” merupakan satu inisiatif baru yang dilakukan di Singapura untuk membantu hentikan tabiat merokok.

Apa yang dilakukan ialah setiap puntung rokok yang diberikan anda dapat menukarnya dengan sebiji karipap.

Karipap yang diberikan juga karipap versi yang lebih sihat dimana digoreng dengan minyak kurang lemak dan dibuat dari tepung ‘wholemeal’.

Advertisement

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa karipap?

Di Singapura, harga sebiji karipap lebih kurang bersamaan dengan harga sebatang rokok. Selain daripada idea kreatif rima nama kedua-duanya, ‘cigarette puff dan curry puff’.

Kempen ini mula dilakukan pada jumaat lalu 28 Jun 2019 ketika solat jumaat di Masjid Sultan dan akan dilakukan di 22 buah lagi masjid di negara itu.

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin berkata, kempen ini akan berlangsung sehingga pertengahan bulan Oktober. Kempen ini dilakukan sebagai usaha untuk membantu perokok di Singapura mengambil langkah pertama untuk berhenti merokok.

“Kami memilih untuk lakukan pada solat jumaat di masjid kerana perokok di Singapura kebanyakannya golongan lelaki jadi sebab itu kami bermula di masjid-masjid.”


Inisiatif ini juga membantu memberi kesedaran bukan sahaja dari segi kesihatan tapi juga dari segi kos rokok itu sendiri yang agak mahal di Singapura.

Kreatif juga kan idea ni? Kalau kita lakukan di Malaysia macam mana pula penerimaan orang kita ya?

Sumber: Amrin Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...