Kempen Penurunan Harga 2014: Bantu Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

Trending

Kempen Penurunan Harga 2014: Bantu Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

Adakah anda antara rakyat Malaysia yang terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat naik? Kenaikan tarif elekrif dan harga bahan api menyebabkan ada penjual yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati di negara ini.
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dengan anda.  Semalam, beliau telah melancarkan Kempen Penurunan Harga 2014 di pasaraya Aeon Balakong, dan kempen ini melibatkan 10 pasaraya terpilih di seluruh negara bagi mengurangkan beban rakyat yang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup. Menurut beliau dalam ucapannya:-

Dengan kempen ini, pasar raya terlibat akan menawarkan pengurangan harga antara 15 hingga 70 peratus.

Advertisement

Fasa pertama kempen enam bulan itu disertai 10 syarikat yang mengusahakan pasar raya tempatan dan asing.

Ia termasuk pasar raya Econsave, KK Mart, Aeon, Aeon Big, Tesco, 99 Speedmart, NSK Segi Fresh Mart dan Giant.

Lebih daripada 955 cawangan pasaraya itu di seluruh negara mengambil bahagian dalam kempen penurunan harga.

Antara barangan keperluan harian yang disenaraikan ialah produk makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, minuman serta keperluan bayi dan kanak-kanak.

Najib turut menekankan keyakinan beliau bahawa kadar penurunan harga yang besar itu dapat dirasai rakyat selaku pengguna, sekaligus memberi manfaat kepada mereka dalam menangani kenaikan kos hidup semasa.

Laporan asal: RTM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...