August 6th, 2019

Masih ingin membuktikan dirinya seorang penyanyi yang berbakat, jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi ke Jakarta, Indonesia untuk merakam single terbarunya bersama Lucinta Luna.

Meskipun Aliff seronok bakatnya itu “dihargai” di negara jiran dan penuh semangat menyanyi, tindakannya itu kurang disenangi oleh isterinya Nur Shahida.

Pelbagai cara Aliff cuba untuk memujuk isterinya itu termasuk membeli beg tangan mewah berharga RM200,000.

Namun, Aliff meluahkan rasa kesal kerana tidak mendapat respon yang diharapkan daripada isterinya.

Melihat mesej Aliff dan isterinya, rata-rata netizen berpendapat duit dan kemewahan bukanlah segala buat seorang wanita bergelar isteri. Cukuplah sekadar si suami dapat menjaga hati seorang isteri dengan baik dan jangan melakukan perkara yang pasangan kita tidak suka.

Kadang-kadang memang kena dengar juga cakap isteri walaupun kita minat untuk lakukan sesuatu perkara, mungkin apa yang ditegah adalah yang terbaik buat diri kita. Siapa tahu kan? Apa-apa pun, jangan putus asa. Kena pandai dan bersabar pujuk agar hatinya kembali lembut, tidak perlu barangan mewah.

Sumber Berita : Astro Gempak


20 responses to “Kemewahan Bukan Segalanya – Netizen ‘Sekolahkan’ Aliff Syukri”

  1. Anonymous says:

    Isteri mana yg tahan kalo suami asyik jd bahan kutukkan.
    Dia pun teringin idup aman damai. Lambak la berjuta2 sekali pun, lama2 bosan jugak.

  2. Noname says:

    Show off duit lagi…
    Tak perlu la nasihat2 bagai..
    Nara pn agak2 la nk kluar kn story pn..

  3. kikilala says:

    tu la chef wan cakap dulu2, money cant buy u class

  4. anonymous says:

    teringat kisah jutawan dnavechee,dcl dari kaya raya laki bini trus bercerai berai dan baraii abis harta kambusss

Loading...