Kementerian Pendidikan Masih Belum Memutuskan Mengenai Cuti Khas Aidiladha

Trending

Kementerian Pendidikan Masih Belum Memutuskan Mengenai Cuti Khas Aidiladha

Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat keputusan lagi berkenaan cadangan pemberian cuti khas sempena Aidiladha yang jatuh pada minggu persekolahan. Ianya berlaku berikutan perubahan Takwim Persekolahan 2020.

Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon berkata pihaknya akan mengumumkan perkara itu kepada semua pihak jika terdapat sebarang keputusan sekiranya perlu meminda cuti perayaan tersebut.

Advertisement
Dia menyatakan perkara itu selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, Bayan Baru pada hari ini.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini memohon KPM supaya mempertimbangkan tarikh cuti persekolahan sempena Aidiladha pada 31 Julai ini.

NUTP memberi cadangan agar diberi peruntukan cuti khas oleh KPM pada 30 Julai dan cuti pelepasan oleh Pejabat Pendaftar Negeri pada 29 Julai dan 3 Ogos ini sebagai memberi peluang kepada orang ramai menyambut perayaan itu di kampung halaman masing-masing.

Sebelum ini, KPM mengumumkan takwim akademik yang baharu iaitu cuti sekolah bagi perayaan Aidiladha telah dipendekkan kepada dua hari iaitu pada 31 Julai dan 1 Ogos.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...