Kementerian Nasihat Hadkan Pengunaan Fon Telinga Elak Kecacatan Kekal

Teknologi

Kementerian Nasihat Hadkan Pengunaan Fon Telinga Elak Kecacatan Kekal

Kita dan fon telinga memang tidak dapat dipisahkan pada zaman sekarang untuk menjawab panggilan, mendengar lagu, dan sebagainya. Jika tiada fon telinga, ibaratnya macam tak lengkaplah kehidupan kita pada  hari itu.

Tak dinafikan fon telinga adalah satu alat yang wajib ada dengan diri kita. Tetapi, baru-baru ini Kementerian Kesihatan di laman Twitter menasihatkan agar masyarakat di Malaysia menghadkan pengunaan fon telinga.

kurangkan kegunaan fon telinga

Advertisement

Ini kerana, penggunaan fon telinga yang tidak terkawal boleh merosakkan pendengaran.

Bagi mereka yang menggunakan fon telinga, maksimum pengunaan dalam satu-satu masa adalah 90 minit.

Ingat! Kehilangan deria pendengaran adalah kerosakan kekal.

Melalui perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka menasihatkan supaya pengguna tidak menetapkan tahap bunyi kepada lebih daripada separuh tahap, selain pada masa yang sama tetapkan setiap penggunaan fon telinga tidak melebih 90 minit.

maksimum pengunaan fon telinga adalah 90 minit dalam sehari

Pada masa yang sama, pengguna turut dinasihatkan supaya memberi masa rehat yang mencukupi untuk telinga perbaiki kerosakkan iaitu sehingga 16 jam.

Bagi anda yang menggunakan fon telinga, anda dinasihatkan agar tidak menggunakannya terlalu lama yang mungkin membawa kepada kesan negatif yang kekal.

 

 

Sumber: Twitter

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.