Kementerian Kesihatan Umumkan Kematian Pertama COVID-19 Di Malaysia

COVID-19

Kementerian Kesihatan Umumkan Kematian Pertama COVID-19 Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Malaysia kini mencatatkan kes kematian pertama akibat COVID-19. Kematian pertama direkodkan oleh kes ke-358 lelaki warga tempatan 60 tahun mempunyai sejarah kronik. Mangsa mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac.

Kematian kedua dicatatkan untuk kes ke ke-178 seperti yang dilaporkan di CPRC hari ini. Kematian kedua merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Advertisement

Sementara itu, seramai 193 kontak rapat mangsa dari kematian mangsa pertama di Sarawak sedang dikesan dan kini dalam proses kuarantin di rumah. Pada hari ini sahaja, Sarawak telah menerima 11 kes baharu positif COVID-19. Enam daripadanya dari Kuching, 3 dari Limbang dan 1 masing-masing dari Betong dan Lawas.

covid-19

120 kes baharu

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes. 95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...