Kementerian Kesihatan Sahkan Tiga Warga China Yang Memasuki Malaysia Positif Coronavirus

Trending

Kementerian Kesihatan Sahkan Tiga Warga China Yang Memasuki Malaysia Positif Coronavirus

Sebelum ini, Singapura menerima kes pertama jangkitan coronavirus selepas pelancong dari Wuhan itu disahkan positif virus tersebut. Pelancong tersebut yang memasuki Singapura bersama sembilan pelancong yang lain bermalam di Resort Shangri-La Rasa Sentosa pada 20 Januari lalu.

Baca: Singapura Sahkan Kes Pertama Virus Wuhan

Advertisement

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu Malaysia menerima kes pertama virus Wuhan itu selepas 3 pelancong China disahkan positif coronavirus memasuki negara. Tiga pelancong tersebut yang memasuki Malaysia melalui Johor Bahru adalah ahli keluarga terdekat kepada pelancong dalam kes pertama di Singapura itu.

Mereka yang positif itu adalah isteri kepada kes pertama di Singapura berumur 66 tahun dan dua cucu mereka (11 tahun dan 2 tahun).

Mereka kini dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil dan sedang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh. Kesemua mereka telah melalui saringan kesihatan ketika memasuki pintu masuk antarabangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda.

JKN Johor berjaya mengesan mereka selepas mendapat maklumat daripada Kementerian Kesihatan Singapura dan menjalani ujian pengesanan semula. Sampel klinikal di hantar ke Makmal Kesihatan Awam Kesihatan Sungai Buloh dan disahkan positif lewat malam tadi.

Sementara itu, KKM masih menunggu satu lagi keputusan ujian makmal melibatkan kes disyaki coronavirus. Kes disyaki melibatkan seorang rakyat tempatan yang pernah melawat China. Dia kini dirawat di wad pengasingan.

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak berkunjung ke negara China dalam masa yang terdekat ini. Selain mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dan memakai topeng muka sekiranya berada di tempat awam.

wuhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...