Kementerian Kesihatan Sahkan Rakyat Malaysia Pertama Positif Coronavirus

Trending

Kementerian Kesihatan Sahkan Rakyat Malaysia Pertama Positif Coronavirus

Dua kes terbaru jangkitan coronavirus (2019-nCoV) diterima Malaysia yang mana melibatkan seorang pelancong dari China dan seorang warganegara Malaysia. Kes pertama melibatkan pelancong China berusia 63 tahun itu yang memasuki Malaysia pada 18 Januari yang lalu.

Lelaki tersebut mula mengalami demam ringan pada 23 Januari yang lalu dan mula mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kes tersebut telah dipantau dengan pemantauan rapi selama 14 hari sebelum beliau disahkan positif wabak tersebut.

Advertisement

Manakala, kes pertama melibatkan warganegara Malaysia berlaku pada lelaki berusia 41 tahun ini yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran dari 16 hingga 23 Januari yang lalu. Beliau pulang ke Malaysia pada 23 Januari dan mula mengalami demam ringan dan segera mendapatkan rawatan. Selepas dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, beliau disahkan positif coronavirus pada 3 Februari iaitu semalam.

KKM telah melakukan contact tracing ahli keluarga dan kenalan rapat lain untuk pengawasan rapat.

Pada masa kini, kes positif coronavirus yang diterima adalah seramai 36 orang. Daripada jumlah ini, seramai 5 kes telah disahkan positif wabak tersebut dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai buloh dan Hospital Permai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...