Kementerian Kesihatan Sahkan Kit Ujian Segera COVID-19 Oleh MyEG Adalah Palsu

COVID-19

Kementerian Kesihatan Sahkan Kit Ujian Segera COVID-19 Oleh MyEG Adalah Palsu

Baru-baru ini MyEG mengumumkan ada menjual kit ujian segera COVID-19 yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Kit itu dikatakan sudah digunakan secara meluas di China dan membolehkan orang ramai melakukan sendiri ujian pengesahan di rumah. Ianya juga didakwa mengambil masa 30 minit sahaja untuk mengesan wabak COVID-19 pada seseorang.

Pengumuman ini mendapat perhatian ramai di media sosial sehingga menarik perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengulas mengenainya. Berdasarkan perkongsian di Facebook, KKM mengesahkan ianya adalah berita palsu.

Advertisement

Ini adalah berita palsu! Jangan kongsi atau tularkan berita palsu ini!

Tetapi di dalam perkongsian itu, tidak dimaklumkan sama ada kit ujian tersebut sememangnya tidak wujud ataupun palsu semata-mata. Menurut makluman dari MyEG sebelum ini, kit ujian ini hanya menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Malaysia sahaja sebelum boleh dijual.

myeg kit

Walaupun KKM telah memberikan maklum balas mengenai kit ujian ini, namun paparan iklan mengenai kit ujian ini masih lagi belum dipadamkan dari laman MyEG. Apa-apa pun, pihak KKM telah menjelaskan ianya hanyalah berita palsu semata-mata.

Artikel berkaitan: MyEG Jual Kit Ujian Segera COVID-19 Pada Harga RM99, Hanya Perlu 30 Minit!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...