Kementerian Kesihatan Sahkan Empat Kes Jangkitan Wabak Coronavirus Dicatatkan Di Malaysia

Trending

Kementerian Kesihatan Sahkan Empat Kes Jangkitan Wabak Coronavirus Dicatatkan Di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan memberitahu khabar berita tentang kes jangkitan wabak coronavirus di Malaysia adalah benar. Sebanyak empat kes jangkitan dicatatkan di Malaysia berjaya dikesan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menerima laporan mengenai kes tersebut dan telah mengambil tindakan ke atas mereka yang disyaki. Kesemua yang disyaki telah dibawa ke wad pengasingan untuk rawatan dan siasatan lanjut.

Advertisement

Namun, berdasarkan keputusan ujian makmal terhadap tiga pesakit ini ternyata negatif bagi jangkitan n-CoV (coronavirus). Manakala seorang lagi pesakit di Sabah telah dimasukkan ke wad pengasingan dan menanti keputusan dari ujian makmal.

Sampel bagi pesakit di Sabah itu telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan. Keputusan ujian bakal diperolehi dalam masa terdekat

Sementara itu, beliau turut memberitahu aktiviti saringan di pintu masuk antarabangsa kini diperkukuh dan individu disyaki akan dirujuk untuk pemeriksaan lanjut. Susulan daripada kes jangkitan yang diterima, saringan pesakit di klinik kesihatan dan hospital turut diperkukuh. Manakala tatacara pengurusan kes disyaki wabak 2019-NCoV membabitkan fasiliti kesihatan dan swasta turut dikeluarkan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dan sentiasa memakai topeng penutup mulut dan hidung di tempat awam. Selain itu, elakkan daripada berada dekat dengan mereka yang mempunyai simptom dijangkiti coronavirus.

UPDATE: Kesemua empat kes dilaporkan negatif dan gejala yang dialami oleh individu keempat itu bukan jangkitan koronavirus, sebaliknya disebabkan jangkitan influenza A. (Sumber)

Artikel berkaitan: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...