Kementerian Kesihatan Malaysia Lancarkan ‘Website’ Khas Untuk Anda Periksa Simptom COVID-19

COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia Lancarkan ‘Website’ Khas Untuk Anda Periksa Simptom COVID-19

Bagi memudahkan anda memeriksa sendiri simptom COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan satu ‘website’ khas untuk membantu rakyat Malaysia. Terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk ke klinik dan hospital bagi pemeriksaan, anda boleh lakukannya di laman sesawang tersebut.

Menerusi laman sesawang itu, anda boleh mengenalpasti simptom awal COVID-19 dengan beberapa soalan yang diajukan di laman sesawang itu. Tetapi harus diingat, ini hanyalah pemeriksaan awal dan selebihnya perlu dirujuk kepada doktor yang lebih pakar.

Advertisement

Laman sesawang itu juga turut menawarkan khidmat doktor secara atas talian dimana anda boleh mengajukan beberapa soalan kepada doktor yang bertugas. Platform ini disediakan menerusi kerjasama di antara Kementerian kesihatan Malaysia dan DoctorOnCall bagi membendung penularan wabak ini.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 99 kes COVID-19 termasuk 24 yang telah sembuh dan discaj. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan WHO, kematian di Itali terus meningkat kepada 233 orang dan negara berjiran Itali seperti Perancis (16) dan Sepanyol (10). Argentina turut mencatatkan kematian pertama akibat virus itu.

COVID-19

Kedutaan Malaysia di Itali telah menghantar bungkusan ‘Care Pack Covid-19’ kepada rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan paling kritikal di Itali. Di dalam bungkusan itu, beberapa keperluan seperti hand sanitizer, topeng muka dan makanan diberikan.

Artikel berkaitan: Netizen Teruja Tengok ‘Care Pack COVID-19’ Diberikan Kepada Rakyat Malaysia Di Itali Untuk Membendung COVID-19

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...