Bagi memudahkan anda memeriksa sendiri simptom COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan satu ‘website’ khas untuk membantu rakyat Malaysia. Terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk ke klinik dan hospital bagi pemeriksaan, anda boleh lakukannya di laman sesawang tersebut.
Menerusi laman sesawang itu, anda boleh mengenalpasti simptom awal COVID-19 dengan beberapa soalan yang diajukan di laman sesawang itu. Tetapi harus diingat, ini hanyalah pemeriksaan awal dan selebihnya perlu dirujuk kepada doktor yang lebih pakar.
Laman sesawang itu juga turut menawarkan khidmat doktor secara atas talian dimana anda boleh mengajukan beberapa soalan kepada doktor yang bertugas. Platform ini disediakan menerusi kerjasama di antara Kementerian kesihatan Malaysia dan DoctorOnCall bagi membendung penularan wabak ini.
Setakat ini, Malaysia mencatatkan 99 kes COVID-19 termasuk 24 yang telah sembuh dan discaj. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan WHO, kematian di Itali terus meningkat kepada 233 orang dan negara berjiran Itali seperti Perancis (16) dan Sepanyol (10). Argentina turut mencatatkan kematian pertama akibat virus itu.
Kedutaan Malaysia di Itali telah menghantar bungkusan ‘Care Pack Covid-19’ kepada rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan paling kritikal di Itali. Di dalam bungkusan itu, beberapa keperluan seperti hand sanitizer, topeng muka dan makanan diberikan.
Artikel berkaitan: Netizen Teruja Tengok ‘Care Pack COVID-19’ Diberikan Kepada Rakyat Malaysia Di Itali Untuk Membendung COVID-19