Kementerian Kesihatan Luluskan Ciri Pengesanan Apnea Tidur Pada Apple Watch

Teknologi

Kementerian Kesihatan Luluskan Ciri Pengesanan Apnea Tidur Pada Apple Watch

Kementerian Kesihatan, melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), telah memberikan kelulusan kepada ciri pengesanan apnea tidur Apple.

Walaupun ciri perubatan ini telah mendapat kelulusan di Amerika Syarikat ketika dilancarkan bersama Apple Watch Series 10, namun pada ketika itu ia belum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan di Malaysia, yang bermakna ia masih belum tersedia di sini, namun ia mungkin akan tersedia tidak lama lagi.

Advertisement

Sekadar info, senarai tersebut menyatakan bahawa ciri ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu dalam pengurusan masalah Apnea tidur.

Selain itu,jika ketiadaan pemberitahuan di aplikasi tidak menandakan pengguna tidak mengalami gangguan pernafasan tersebut.

Ciri pengesanan ini tersedia pada Apple Watch Series 9 atau versi yang lebih baru, serta Watch Ultra 2. Dengan kelulusan terkini ini, adalah kemungkinan besar bahawa Apple akan melancarkan ciri tersebut di Malaysia melalui kemas kini akan datang.

Apple Watch sleep Apnea kelulusan

Menurut MDA, perisian ini telah diluluskan sebagai ciri untuk mengenal pasti corak gangguan pernafasan yang menunjukkan apnea tidur yang sederhana hingga teruk.

Secara rasminya, MDA telah  memberi kelulusan pada 2 Januari 2025 dan menyatakan bahawa ciri ini dikhaskan untuk orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas yang belum pernah didiagnosis dengan apnea tidur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cip gpu dan gpu bakal dihasilkan di malaysia
3 days ago

Malaysia Bakal Menghasilkan Cip CPU Dan GPU Sendiri Dalam Tempoh 5-10 Tahun Akan Datang - Rafizi Ramli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : MDA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...