Kementerian Kesihatan China Sahkan Wabak Misteri Coronavirus Boleh Tersebar Dari Manusia Ke Manusia

Trending

Kementerian Kesihatan China Sahkan Wabak Misteri Coronavirus Boleh Tersebar Dari Manusia Ke Manusia

Virus misteri seakan SARS yang melanda China kini disahkan boleh dijangkiti antara manusia ke manusia yang lain. Laporan ini berjaya disahkan selepas kes dua pesakit yang dijangkiti melalui penyebaran virus dari ahli keluarga yang dijangkiti.

Wabak misteri Coronavirus ini telah menjangkiti kira-kira 200 orang di China setakat ini. Manakala dua kes jangkitan yang tersebar dari manusia ke manusia lain berlaku di Wuhan dan Guangdong. Bukan sahaja rakyat biasa malah pekerja kesihatan juga turut dijangkiti selepas menjaga pesakit yang dijangkiti.

Advertisement

Penyebaran dari manusia ke manusia ini boleh membuatkan jangkitan virus ini lebih cepat dan mudah merebak. 

Kerajaan China percaya wabak ini merebak bermula daripada jangkitan yang berlaku di sebuah pasar terletak di Wuhan. Walaupun jangkitan bermula dari Wuhan, virus tersebut mula merebak ke daerah lain sehinggakan mereka yang tidak melawat Wuhan juga dijangkiti.

Presiden China, Xi Jinping memberitahu keadaan sekarang menjadikan ianya ‘sangat-sangat penting’ untuk setiap pencegahan dilakukan di kesemua tempat selagi boleh. Wabak yang tercetus dari Wuhan ini perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Kebimbangan mula memuncak ditambah dengan musim sambutan Tahun Baru Cina yang akan berlaku tidak lama lagi. Virus ini dijangkakan semakin merebak ditambah jumlah pelancong dan rakyat China yang bercuti di seluruh negara.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...