Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal

Trending

Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal

Kalau sebut nama gula-gula White Rabbit mungkin ramai yang tidak tahu, kalau sebut pula gula-gula yang plastiknya boleh dimakan memang semua akan ingat.

Gula-gula ini memang popular pada zaman 90an dan kini kembali trending. Malah, ada juga yang mencipta aiskrim menggunakan White Rabbit. Memang viral habis dan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.

Advertisement

Namun, terkini pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam (moRA) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah mengesahkan White Rabbit tidak halal dan mengandungi protein khinzir. Ia berdasarkan hasil analisis  yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan Brunei.

Berikutan pengumuman berkenaan, beberapa pembuat ais krim di Brunei akan menghentikan pengeluaran aiskrim berperisa White Rabbit. Bukan itu sahaja, pihak mereka juga akan membersihkan peralatan yang digunakan dengan betul agar pelanggan lebih yakin dan tidak was-was.

MoRA juga mengingatkan kepada semua pengimport produk makanan ke negara Brunei supaya mengambil langkah berpatutan dengan melabel kandungan bahan ramuan produk-produk makanan yang diimport menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris secara telus. Pelabelan tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengetahui isi kandungan yang dijual.

Sumber Berita : The Scoop & Twitter Borneo Bulletin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...