Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada Tabung Haji (TH) dan memuji tahap disiplin serta kebersihan diamalkan jemaah Malaysia di Masyair sebelum ini.

Kredit: Tabung Haji
Menurut laporan, penghargaan itu diberikan menteri berkenaan, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah ketika mereka bertemu dalam program Grand Hajj Symposium pada Ahad lalu.
Dr Tawfiq secara berseloroh berkata kepada saya kalaulah semua jemaah haji dunia macam Malaysia, beliau boleh tidur dengan tenang.
Itu gambaran selesanya kerajaan Arab Saudi kepada Tabung Haji dan jemaah kita kerana rekod terbaik dari segi kebersihan di Masyair tahun lalu.
Dr Mohd Na’im juga berkata beliau berharap agar jemaah tahun ini dapat mengekalkan rekod tersebut dengan memastikan tiada sampah sarap dan kawasan Masyair dalam keadaan bersih sebelum ditinggalkan.