Kementerian Alam Sekitar Menawarkan Ganjaran RM5,000 Kepada Penyalur Maklumat

Trending

Kementerian Alam Sekitar Menawarkan Ganjaran RM5,000 Kepada Penyalur Maklumat

Krisis air memang sesuatu yang tidak asing lagi buat penduduk di Selangor. Malahan ada yang sehingga menganggap isu ini wajib berlaku setiap bulan.

Pastinya, pihak-pihak berkuasa termasuk Kementerian Alam Sekitar memandang isu ini dengan cukup serius, terutamanya apabila ia melibatkan pencemaran alam sekitar.

Advertisement

Terkini, Kementerian Alam Sekitar, menerusi Menteri Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana pihak atau individu yang dapat menyalurkan maklumat sahih mengenai pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Dengan dunia serba digital termasuklah sosial media, pastinya ramai yang sudah boleh melakukan kaji selidik mengenai golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Ganjaran diberikan selaras dengan komitmen berterusan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang akan menyediakan peruntukan khas kepada mana-mana (pihak) yang dapat menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang, termasuk isu pencemaran sungai.

krisis air selangor

Pada hari ini juga, Air Selangor telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa bekalan air akan disalurkan secara berperingkat bermula jam 3 petang ini setelah 3 loji rawatan air mereka telah kembali beroperasi.

Sumber : Bernama

Kredit Gambar : Astro Awani

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...