Kemenangan Trump Buatkan Umat Islam Di Asia Berasa Khuatir Dan Bimbang

Trending

Kemenangan Trump Buatkan Umat Islam Di Asia Berasa Khuatir Dan Bimbang

Umat Islam di seluruh Asia ketika ini masih lagi bergelut menerima kemenangan mengejut Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat hari ini.

Advertisement

Saya sangat takut, adakah akan ada lebih banyak peperangan? Adakah Amerika akan menyerang negara Muslim lagi?” demikian soal aktivist, Alijah Diete selepas kemenangan Trump.

Sebelum ini, Trump telah membuat kenyataan kontroversi apabila dia menyeru kepada pengharaman ke atas orang Islam dari memasuki AS selepas insiden tembakan di California seterusnya menyebabkan kemarahan orang Islam seluruh dunia.

Di Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam turut melahirkan kebimbangan tentang bagaimana hubungan dengan AS akan terbentuk dan bagaimana Trump akan memberi kesan antara AS dan dunia Islam.

Saya amat bimbang dengan hubungan antara AS dan negara Islam lain akan menjadi tegang kembali,” kata Diete lagi.

Seorang pekerja sebuah firma undang-undang di Jakarta, Nikken Suardini berkata dia bimbang tentang larangan terhadap umat Islam yang dicadangkan.

Jika beliau dipilih sebagai presiden, beliau akan menghalang umat Islam dari memasuki Amerika Syarikat – itu tidak adil,” ujarnya dipetik AFP.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan tentang dasar-dasar anti Islam di bawah kepimpinan Trump yang kini sedang bergelut dengan ancaman militan.

Sesetengah pemerhati berharap retorik populis Trump hanya bertujuan meraih undi dan tidak akan diterjemahkan ke dalam dasar xenofobia jika dia memasuki White House.

Kami berharap kenyataan Trump terhadap umat Islam hanya untuk meningkatkan kempen, dan ia akan menyedari bahawa umat Islam adalah penduduk yang besar di Amerika Syarikat,” kata Tahir Ashrafi, seorang ulama kanan kerajaan Pakistan.

Selain di Indonesia, umat Islam di AS juga tidak terkecuali meluahkan perasaaan risau dengan kemenangan Trump.

Ibu saya menulis mesej kepada saya ‘tolong jangan pakai hijab’ dan dia yang paling alim dalam keluarga“, tulis seorang pengguna Twitter, @harryonmen.

Tweet itu mendapat lebih 40,000 retweet dalam masa beberapa jam ia dimuat naik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...