Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kemenangan Terus Dipertikai : Wany Hasrita Mahu Buktikan Dirinya Penyanyi Berkualiti

Masih lagi hijau dalam industri hiburan dan tiba-tiba pula mendapat pengiktirafan sebagai Bintag Paling Popular, kemenangan penyanyi Wany Hasrita sehinggga hari ini masih lagi dipertikai oleh sesetengah pihak. Ramai yang mengatakan beliau masih belum cukup layak untuk diberikan gelaran sebegitu.

Advertisement

Boleh dikatakan setiap hari menerima pelbagai kritikan daripada netizen, Wany bagaimanapun tidak mudah putus asa dan mahu membuktikan kepada semua orang bahawa beliau berbakat dan seorang penyanyi yang mempunyai kualiti tersendiri.

Jujurnya, saya tidak menyalahkan netizen yang mempertikaikan kemenangan saya. Mungkin mereka belum melihat kelebihan yang ada pada diri saya. Bagaimanapun, siapa saya mahu menolak pilihan peminat? Saya tidak minta diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31 secepat ini.

Harapan saya masih jauh lagi untuk menggapai pengiktirafan tertinggi ini, tetapi itulah kuasa undian dan pilihan peminat. Layak atau tidak layak, biarlah masa yang menentukannya. Saya tidak mahu terus hidup dalam gangguan emosi. Pengiktirafan yang saya terima dianggap satu cabaran besar untuk membuktikan saya bukannya ‘tin kosong’.

Wany juga enggan emosi mahupun tertekan memikirkan setiap persepsi negatif serta percakapan orang terhadap dirinya.  Baguslah Wany jika anda tidak mudah patah semangat, buktikan kepada semua orang anda mampu menjadi seorang penyanyi yang berjaya dalam kelas tersendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. Anonymous

    November 10, 2018 at 11:40 pm

    sokong. masa ask hancus. its too obvious because before u the 2 singer performed very well dik non.

  2. Anonymous

    November 10, 2018 at 11:11 pm

    Maaf la dik sora kau mmg xsedap. Sekian

  3. pfft!

    November 8, 2018 at 12:59 pm

    I don’t mind dia menang ABPBH tu sbb based on vote tapi tolonglah suara tu semangat sikit bagi orang dengar. Live hancur gila. Berkualiti apenye? Masa ASK alamakaihhh, time ernie, time sape tah lagi sorg tu seronok je aku dengar. Masuk suara kau lembik macam ape. Lagu best jadi macam lagu nak mati je. ahahahhaha.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top