October 8th, 2018

Ramai yang masih terkejut dan seakan tidak percaya bagaimana seorang bintang muda yang baru sahaja ingin menapak dalam bidang hiburan iaitu Wany Hasrita boleh dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31. Malah, jumlah undian beliau pula mengatasi juara-juara terdahulu contohnya Neelofa pada ABPBH 29 hanya memperolehi 212,829 .

Mula timbul beberapa khabar angin kurang enak dimana beliau ditaja oleh VVIP dan membeli undi. Bagaimanapun, Wany menafikan dakwaan tersebut dan beliau sendiri melihat usaha keras peminatnya yang mengundi beliau.

Advertisement

Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran yang sangat ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak.

Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi. Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja. Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur.

Saya tak jangka pun kemenangan ini sebab saya tak rasa tahun ini adalah tahun saya. Apa-apa pun saya ingin berterima kasih kepada peminat terutamanya The Nizers yang bekerja keras dari awal mengundi saya

Dah tertulis rezeki untuk Wany menang semalam dan tidak perlu pertikaikan lagi. Bila suruh undi artis pujaan masing-masing, ada peminat yang malas. Sekarang orang lain menang, macam-macam pula komen.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

55 responses to “Kemenangan Dipertikai : Wany Hasrita Nafi Beli Undi”

  1. jazzrina says:

    Dah rezeki Wany and peminat dia mmg buat kerja i.e. mengundi. So since Anugerah is based on undian dia menang la…. seribu kali pun org nak protes tak boleh buat apa sbb semua nie hasil kerja peminat dia.. yng ada bejuta followers tu patut tanya kat followers dorang… ngundi ke edok!! :)

    • simbol mata simbol parti keadilan says:

      lepas ni kita tengok wany hasrita nak gondol trofi apa pulak… make sure lagu-lagu wany tu tercalon dalam AIM dan APM.. biar juri yang tentukan pulak.. baru seiring dengan fofuleriti kerana sokongan fanclub tu.. lagu menahan rindu tu mungkin juri rasa tak berapa strong, cuba try bikin lagu lain bagi juri terpegun. haha.. macam ayda jebat dalam lagu terbaik apm singapore bulan lepas walaupun juri ajl31 kata lagu mata tak layak masul final.. entah apa kriteria juri apm erk boleh memenangkan lagu mata tu..

  2. madt says:

    wani menang? terpaksa lah aku menahan kentut…

  3. Anonymous says:

    pendek kata sesapa pun menang ada je bunyi..ada je yang tak puas hati..usahkan untuk popular, untuk yang terbaik dari juri pun still ada pertikaiankan? padahal ok je, dah rezeki memasing..tambah- tambah untuk jadi BPP ni sah- sah hasil undian peminat, rajin mengundi, rajin usaha adalah hasilnya..beli ke tak undi, terpulanglah.

  4. Wekkkkkkk says:

    Dia menang dan org suka sbb tiada gossip murahan.
    Mcm siti nurhaliza dulupun mcm tukn.
    Gossip murahan patut di hindarkn. Baru byk vote.
    Siapa yg nk undi jika byk gossip mcm smpah attitude.

  5. Anonymous says:

    eee suara sengau. harapkan apps smule je jadi sedap. macam ini Baby Shima pun lagi better. Aku kalau si khai bahar ke haqiem rusli, ismail izzani pun boleh lagi walaupun masih kategiri BBNU tapi mereka yg lain ni suara memang kualiti.

Loading...